Aneka Resepi Sup Sesuai Untuk Buka Puasa Dan Sahur

Advertisement

Aneka Resepi Sup Sesuai Untuk Buka Puasa Dan Sahur. Salam ramadhan kepada semua rakan dan taulan umat islam di seluruh dunia. Sambutlah hadirnya ramadhan dengan sederhana dalam menjamah hidangan berbuka atau pun bersahur namun bersungguh-sungguhlah dalam menggandakan amalan kita di bulan penuh mulia ini.

Mungkin ada yang habis idea nak masak apa dalam bulan puasa ini, mana nak masak lauk pauk untuk bersahur pulak. Jom lah tengok idea resepi berasaskan sup yang sesuai dimasak untuk bersahur dan berbuka.


Aneka Resepi Sup Sesuai Untuk Buka Puasa Dan Sahur


1. Resepi Sup Telur Sedap Dan Ringkas


Resepi Sup Telur Sedap Dan Ringkas


Bahan-bahan:

4 biji telur ayam
7 biji fishball (belah dua)
Setengah biji carrot ( belah dua dan potong biasa)
3 ulas bawang putih (dicincang)
Kiub pati ayam (guna separuh je)
Lada sulah
Garam
2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah)
Minyak masak

Cara-cara masak sup telur paling sedap:

1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan garing sikit ye. Lepas tu masukkan carrot.

2. Tambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.

3. Pecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan dituang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. (biar je sekejap sampai telur masak, jangan sebok nak kacau ye)

4. Bila dah nampak telur masak elok seketul – seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.

Sup telur ringkas paling sedap dah siap!! Selamat mencuba, boleh lah masak untuk sahur. Saya panggil lauk emergency.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜


2. Resepi Sup Ikan Merah Style Orang Bujang


Bahan-bahan:

Ikan merah 2 potong, bahagian badan atau kepala, tak kisah
1 ikat rempah sup bunjut adabi
3 ulas bawang putih yang dimayang*
5 ulas bawang merah yang dimayang*
3 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
3 biji cengkih*
1 batang kayu manis*
2 inci halia yang diketuk*
1 biji tomato yang dibelah empat
1 cawan lobak merah - potong ikut suka
1 pokok daun sup yang dimayang
1 pokok daun bawang yang dimayang
1pax perencah sup (dicampur air @ terus tabur atas minyak pun boleh)
Minyak untuk menumis

Resepi Sup Ikan Merah Style Orang Bujang


Cara Buat Sup Ikan Merah Style Orang Bujang


1. Basuh ikan dengan air asam jawa dan biarkan seketika, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda sehingga wangi

2. Masukkan air dalam 2 gelas /ikut kemahuan anda, setelah air menggelegak, masukkan ikan
masukkan garam atau perasa jika suka. Tunggu sehingga ikan masak dan masukkan tomato/ lobak.. jika suka.

3. Tutup api dan taburkan potongan daun sup dan daun bawang tadi. 

Siap dah sup ikan merah style orang bujang yang simple dan cepat. Sedap pun iya.. menyihatkan tau. Saya pun kadang-kadang masak sup ikan merah pakai campak bahan yang ada, yang penting sup bunjut adabi tu tak tinggal..

Selamat mencuba.

3. Resepi Sup Petola Dengan Suhun 


Bahan-bahannya:

2 biji petola - dibuang kulit luar dan dipotong 1 inci
1 bungkus suun - direndam hingga lembut dan dipotong 2 inci
sedikit udang sayur
2 cawan air
1 biji cili merah - dihiris serong

Resepi Sup Petola Dengan Suhun


Bahan hiris nipis:

2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah


Cara-caranya:


1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. tumis bahan hiris hingga wangi.

2. Masukkan air dan udang. Biarkan mendidih.
Masukkan petola dan cili merah. Biarkan mendidih dan petola layu.

3. Masukkan garam. Masukkan suhun. Gaul rata dan terus tutup api

4. Hidangkan.

4. Resepi Sup Ayam Paling Ringkas


Resepi Sup Ayam Paling Ringkas

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
1 biji bawang besar - kisar @ tumbuk
2 ulas bawang putih - kisar @ tumbuk
2 inci halia - kisar @ tumbuk
1 bungkus kecil perencah 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih)
2 bungkus sup bunjut (bukan sup tulang tau.. nanti lain rasa)
1 tangkai daun sup
2 biji kentang - belah 4
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan sup ayam yang ringkas


1. Tumis perencah 3 sekawan hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar @ tumbuk tadi. Tumis hingga naik bau.

2. Masukkan air secukupnya. Kemudian masukkan sup bunjut. Biarkan mendidih.

3. Lepas tu, masukkan pula ayam. Biar ayam empuk. Bila ayam dah masak, baru masukkan kentang.

4. Perisakan dengan garam dan serbuk perisa, jika suka.

5. Akhir sekali matikan api. Masukkan daun sup sebagai hiasan.

Nak tips lebih banyak pasal sup ayam, boleh klik Kisahresepi.com 


5. Resepi Sup Daging Ala Thai Yang Ringkas


Resepi Sup Daging Ala Thai Yang Ringkas

Bahan-bahannya;

1 mangkuk hirisan daging lembu. (Cukup untuk berbuka dan bersahur untuk dua orang)
1 peket rempah sup tulang- yang ada sup bunjut dan rempah kasarnya sekali.
4 ulas bawang merah- mayang/hiris nipis
2 ulas bawang putih- mayang/ hiris nipis
1/2 inci halia- mayang/ hiris nipis
1/2 inci lengkuas potong kasar
1 batang serai diketuk
Garam
Perisa yang disukai.


Bahan hiasan;

Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cili padi
Asam limau nipis.


Cara memasaknya;


1. Bersihkan daging- toskan.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga perang.
3. Masukkan halia dan lengkuas. Kacau sebentar.
4. Masukkan rempah sup termasuk sup bunjut, kacau sebentar.
5. Masukkan daging. Masakkan daging sambil dikacau hingga air daging keluar. Masak hingga airnya hampir kering.
6. Baru masukkan air secukupnya. Masukkan serai.
7. Tutup periuk dan rebus.
8. Bila dagingnya hampir empuk baru masukkan garam. Tambah air jika perlu dan rebus lagi hingga daging empuk.
Bila empuk, hidangkan sup bersama bahan hiasannya. Siap.

Selamat mencuba resepi sup daging ala Thai yang simple ni.

Semoga puasa anda semua lebih bermakna pada tahun ini dengan menambah amalan yang bersesuaian agar kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang dirahmati.

Insya Allah.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.