Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Resepi Cookies Sampan Legend
Resepi legend yang diwarisi dari zaman tok nenek mak mak kita dulu. Kalau nak cari macam zaman sekarang dah susah jumpa. Jadinya korang kena buat sendiri.

Bahan-bahan cookies sampan legend:
250gm butter pure butter baru sedap
100gm gula ising
1 biji telur
1 sudu besar esen vanila
30gm susu tepung
500gm +- tepung gandum cap ros
Cara-cara penyediaan:
1. Satukan butter dan gula mix sebati kalau guna senduk pn buleh.
2. Masuk kan telur dan esen vanila gaul rata. Masuk kan susu tepung dan tepung sikit2 sampai habis
3. Korang uli smpai agak2 jd doh yg lembut
Inti sampan dia:
120gm butter pure butter
150gm kelapa kering
30gm gula ising
50gm badam cincang bakar dulu
50gm ceri merah dan hijau nak letak kismis sekali pun boleh
Cara buat inti:
1. Mix butter dan ising sebati. Tambah bahan2 lain gaul rata ja
2. Ok skrg cara buat biskut sampan ni,
ambik doh tekap pada acuan. Keluarkan elok2 jgn buat tebal2 ok.
3. Masuk kan inti dan bakar 170 darjah celcius masa 20-25 minit


Selamat mencuba.
#Gambar ehsan owner

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.