Menu Unga Masak Kari Dengan Tempe Goreng Sambal Kicap

Advertisement

Menu Unga Masak Kari Dengan Tempe Goreng Sambal Kicap. Raya ke 4 dah guyss, makan apa sedap ya? Kepala dah pening tak tahu nak masak apa dah, tepu otak jadinya. Hari raya ke 2, En suami dah memancing kat kolam.. bawak blik ikan unga. Konon nak masak asam pedas, cari bunga kantan semua dah habis stok. Ikan @ ayam kat kedai runcit semua dah nak busuk. Jadinya, dia kata masak kari je lah. So, menu lunch raya ke 4 kita orang adalah Unga masak kari dengan tempe goreng je..syukur dengan rezeki yang masih tak habis-habis ni, Alhmdulillah..

Maka, kita kongsi gambar-gambar makanan yang serba sederhana la tu ya, kalau korang nampak gmbar tu macam sedap.. memang sedap ya kekawan.. Haha

Nak resepi unga masak kari? Boleh cuba pada link di bawah ni..

Ikan Unga Masak Kari Sedap Tak Terkata😍😍 


Menu Unga Masak Kari Dengan Tempe Goreng Sambal Kicap 


Itu je la menu yang sempat difikirkan bila tengok peti ais. Oleh kerana seafood kat kedai runcit semua macam dah stok lama, layu je.. maka balik rumah masak ikan yang En suami dapat ketika memancing kelmarin. Kita masak kari ikan unga. Kalau masih tak kenal unga, boleh google la ya.. 


Dah raya ke 4, kita makan lauk kari ikan pulak. Ikan unga masak kari. 1 ekor dapat kerat 6 bahagian, boleh makan 2 kali round 3 beranak. Simple je, tapi makan berulang dan bertambah. Anak saya siap hirup kuah kari tu, hehe

Sambal kicap tu pedas tapi sedap. Orang kata mula-mula je pedas, lama-lama naik la rasa pedas manis lemak semua ada. Makan dengan tempe goreng dengan garam dan bawang putih.

Itulah menu untuk hari ini, esok kita fikir lain. Stress hari-hari nak fikir lauk apa nak masak, betul tak? 

Yang penting, tugas dan amanah untuk keluarga di laksanakan dengan jayanya!

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.