Order Kek Marble & Kek Batik Cheese Untuk Aidilfitri

Advertisement

Order Kek Marble & Kek Batik Cheese Untuk Aidilfitri. Salam lebaran 2021 untuk semua pengunjung blog picisan ini, moga ada info dan panduan yang berguna yang dapat diambil dari blog ini. Mana yang baik semuanya datang dari Allah, dan mana yang tersilap disana sini datangnya dari kelemahan saya sendiri. Harap dimaafkan.

Berbalik pada aidilfitri 2021 ini, kita masih beraya dalam PKP 3.0. Satu Malaysia semua sedang melaluinya. Bersabarlah ya, raya tetap raya. Maka itu, saya dah order marble kek dengan kek batik cheese untuk makan seisi rumah sendiri. Hehe..

Order Kek Marble & Kek Batik Cheese Untuk Aidilfitri


Order Kek Marble & Kek Batik Cheese Untuk Aidilfitri


Kek marble yang saya beli ada 2 jenis iaitu kek marble blueberry dengan coklat dan kek marble orange dengan coklat. Manakala, kek batik pula saya pilih yang bercheese punya. Haha.. Tengok leleh ke idok ya..?

Order Kek Marble & Kek Batik Cheese Untuk Aidilfitri

Kek batik cheese, sedap sangat! Kalau tak makan simpan dalam freeze, bila dah nak makan keluarkan sekejap sebelum di potong. Lembut, moist dan tak manis sangat.

Order Kek Marble & Kek Batik Cheese Untuk Aidilfitri

1. Kek batik cheese
2. Kek marble blueberry + coklat
3. Kek marble orange + coklat

Order Kek Marble & Kek Batik Cheese Untuk Aidilfitri

Satu bekas saiz 8 inci ni, harganya RM28.00. Lembut dan basah, makan cicah kopi di pagi raya pun sedap.

Kalau tak tahu nak beli kuih apa untuk raya PKP 2021 ini, saya cadangkan anda sediakan kek marble dengan kek batik pun sedap. Happening jugak raya dalam kesederhanaan ini, kan?

Happy syawal for alls!!

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.