Niat Puasa 6 Di Bulan Syawal

Advertisement

Niat Puasa 6 Di Bulan Syawal. Hari ini adalah raya kedua syawal tahun ini. Semoga kita baik-baik saja meraikannya dengan cara semampu kita. Dah masuk hari ke 2 syawal, ada yang dah start puasa sunat 6 hari dalam bulan syawal? Atau nak bayar dulu puasa yang wajib kemudian baru nak puasa sunat? Terpulang kepada kelapangan dan krsempatan masa masing-masing ya..

Penerangan tentang puasa sunat 6 hari di bulan syawal boleh didapati di bahagian bawah artikel ini. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Sebelum itu, marilah sama-sama kita pelajari niat puasa 6 di bulan syawal ini.

Niat Puasa 6 Di Bulan Syawal

Maksudnya:

Sahaja aku brrpuasa hari esok dari enam hari bulan syawal sunat kerana Allah Taala.


Niat Puasa 6 Di Bulan Syawal


Cara baca niat puasa 6 di bulan syawal;

Dalam rumi:


Nawaitu sawmaghodin 'an sittatin min syawwaalin sunnatal lillaahitaala


Puasa enam hari dalam bulan Syawal. Apakah dalil kelebihan berpuasa pada bulan Syawal?

Sabda Nabi s.a.w: "Sesiapa yang berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah berpuasa selama setahun".  Hadis Muslim

Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?

Tidak disyaratkan.Boleh juga diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun, yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi dimulai dari hari raya kedua. 

Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadha, adakah boleh ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya?

Harus kerana puasa qadha memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga menjelang Ramadhan tahun berikutnya sedangkan puasa enam hari terhad pada bulan Syawal sahaja.

Boleh dilakukan dengan tiga keadaan:

1. Qadha terlebih dahulu kemudian diikuti dengan puasa enam. Seluruhnya dilakukan dalam bulan Syawal. Ini yang paling afdhal dilakukan.

2. Puasa enam dahulu kemudian diikuti dengan puasa Qadha. 

3. Harus juga digabungkan keduanya (niat qadha dan puasa enam Syawal) dalam satu puasa. Sebahagian pendapat ulama mengharuskan. Namun yang paling baik ialah memisahkannya kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.

Wallahu a'lam

Semoga dapat diamalkan dan menggandakan amalan kita dalam bulan baik iaitu bulan syawal. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.