
Air tangan anak bujang saya yang berumur 21 tahun. Saya hanya kopekkan udang tu je, yang lain segala bahan dan sukatan dia buat sendiri. Lihatlah betapa halusnya dia kisar cili kering tu.. hehe, kalau kena kat saya, main campak je😁😁✌

Menu Simple Sambal Udang Dengan Telur Dadar
Menu lunch kita orang yang disediakan oleh orang bujang yang sedang bercuti semester. Hehe..
Terima kasih anakku untuk hidangan yang lazat dan awesome. Memang kena air tangan dia dengan lauk pauk kampung.

Selain telur dadar dan sambal udang, dia juga masak sayur. Kacang buncis tumis dengan pecahan telur. Ni pun saya yang request. Sebelum pergi kerja tadi saya hiriskan dulu kacang buncis tu.

Alhamdulillah..

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.