Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pendosa Terbaik! Segera Bertaubat Sebelum Terlambat

Pendosa Terbaik Adalah Mereka Yang Segera Bertaubat. Semua orang berdosa. Kita adalah pendosa. Dan semestinya, dalam diri yang terdalam.. kita semua berniat nak masuk syurga. Bagaimana nak masuk syurga jika kita ni terlalu banyak dosa-dosanya. Setiap hari, setiap masa, ada saja kelakuan perbuatan kita yang mengundang dosa. Kemudian kita ulangi lagi umtuk ke seribu kali. 

Namun, pendosa terbaik adalah mereka yang segera bertaubat selepas melakukan dosa. "Susah ke nak bertaubat?? Aku tak pandai, Ya Allah.." Begitulah rintihan pendosa setiap hari. Tak susah sahabat, sebut lah "Astsghfirullah.. ampuni aku ya Allah.." itulah tandanya kamu menyesali perbuatan dosa yang dilakukan.

Pendosa Terbaik Adalah Mereka Yang Segera Bertaubat


Pendosa Terbaik Adalah Mereka Yang Segera Bertaubat


Siapakah pendosa terbaik itu? Mengapa disebut pendosa terbaik, adakah berbuat dosa itu digalakkan? Tidak! Sahabatku, berbuat dosa HARAM hukumnya. Tetapi Allah amat menyayangi hamba-hambaNya. Allah Maha Pengampun. Maka sebab itu disebut pendosa terbaik adalah mereka yang segera bertaubat selepas melakukan dosa.

Walaupun dosa mu seluas buih di lautan, Allah tetap akan mengampuninya jika kamu bertaubat!

Pintu taubat Allah sentiasa terbuka luas. Walau diceruk mana kamu berada, Allah sentiasa menunggu kamu untuk bertaubat dan berpaling semula kepadaNya.

FIRMAN Allah SWT: "Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya." (Surah Toha, ayat 82)

Ingat ya, bertaubat kepada Allah SWT menurut pandangan Islam adalah satu usaha wajib dilakukan setiap individu, tiada yang boleh mengambil alih tugas itu walau siapapun mereka. Kesalahan terhadap Allah tidak dapat dirawat melainkan orang yang melakukan kesalahan memohon ampun kepada-Nya.

Nak bertaubat kena diri sendiri yang buat, tak boleh wakilkan kepada orang lain. Kerana, dosa setiap orang adalah tanggungan diri mereka sendiri.

Kalau ada yang kata, buatlah dosa, nanti aku tanggung dosa kau.. itu adalah perkataan orang yang bodoh dan jahil. Jangan terpengaruh kepada kata-kata manis seseorang yang mengajak berbuat dosa, yang kononnya dia akan menanggung dosa kalian. Sebenarnya dia pun sama-sama berdosa kerana mengajak kepada kajahatan atau maksiat!


Kita semua pendosa. Pendosa tanpa noktah. Pendosa Terbaik Adalah Mereka Yang Segera Bertaubat. Bertaubatlah!!

Firman Allah SWT: "Wahai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Tahrim, ayat 8)

Imam al-Ghazali berkata, pokok kemaksiatan perlu dicabut cepat dengan taubat sebelum akarnya semakin bercambah dan kukuh mencengkam bumi.

Sebenarnya alangkah rugi andai kita menunggu usia senja, baru ingin mengubah diri sedangkan ketika itu kita hanya mampu menyesali apa dilakukan tanpa dapat melakukan apa-apa perubahan. Ini kerana dengan kudrat gagah, kita dapat melakukan banyak kebaikan dan bermuhasabah diri.

Semoga coretan ini dapat dan sempat mengubah kita menjauhi dosa dan segera bertaubat kepada Allah SWT. Pintu taubat sentiasa terbuka kepada pendosa seperti kita. Insya Allah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close