Biodata PM Ke 9 Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob

Biodata PM Ke 9 Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Pada 21 Ogos 2021 yang lalu, Malaysia menerima seorang lagi Perdana Menteri yang baru bagi menggantikan PM ke 8 iaitu Tan Sri Mahiaddin Yassin. Perdana Menteri Malaysia ke 9 adalah Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Sebelum ini beliau menyandang Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri.

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (lahir 18 Januari 1960) ialah seorang ahli politik Malaysia yang menjadi ahli Parlimen Bera dari UMNO, Barisan Nasional dan kini menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Beliau mendapat Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980). Sebelum itu, menerima pendidikan awal Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik, Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976), Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973) dan Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967). 


Biodata PM Ke 9 Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob


Di bawah ini adalah biodata PM ke 9 Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 bersama pasangannya iaitu Datin Sri Muhaini Zainal Abidin

Hasil perkahwinan tersebut mereka mempunyai 4 cahaya mata seorang anak perempuan dan 3 anak lelaki iaitu Nina Sabrina, Gadaffi lebih dikenali sebagai Dafi, Nashriq dan Iqbal.

Biodata PM Ke 9 Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob

JAWATAN DALAM KERAJAAN:


2008-2009 : Menteri Belia dan Sukan

2009-2013 : Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan

2013-2015 : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

2015-2018 : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

2020-2021 : Menteri Kanan (Keselamatan)

Timbalan Perdana Menteri

                     

JAWATAN DALAM POLITIK:


1987 : Ahli Jawatankuasa UMNO Temerloh

1988 : Ketua Penerangan UMNO Temerloh

1993 : Ketua Pemuda UMNO Temerloh

2001 : Timbalan Ketuan Bahagian UMNO Temerloh

2004 : Ketua Bahagian UMNO Temerloh

2019 : Ketua Pembangkang

2018 hingga kini : Naib Presiden UMNO

WAKIL RAKYAT : 2004 hingga kini : Ahli Parlimen Bera & Ketua Bahagian UMNO Bera

Diharap Biodata PM Ke 9 Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob yang dikongsikan di atas menambah lagi info kita terhadap latarbelakang dan khidmat bakti PM kita yang diharap boleh membawa kemakmuran dan kecemerlangan negara kita pada masa depan.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close