Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Buah Kiwi Bagus Untuk Diet Sihat

Buah Kiwi Bagus Untuk Diet Sihat. Buah kiwi rasanya ada yang masam dan ada juga yang berasa manis. Kulitnya pula ada yqng licin dan ada pula yang berbulu. Kalau buah kiwi yang berbulu tu, rasanya agak masam walau sudah masak. Jadi, kena pandai pilih buah kiwi. Tapi jika dimakan dengan yogurt atau sos coklat, isinya yang masam pun jadi sedap!

Bagi anda yang sedang berdiet, makanlah buah kiwi kerana ia mengandungi zat yang banyak dan amat sesuai untuk tubuh.

Buah Kiwi Bagus Untuk Diet Sihat


Buah Kiwi Bagus Untuk Diet Sihat


Buah kiwi kaya dengan khasiatnya. Antara kandungan khasiat buah kiwi adalah vitamin C, vitamin E dan tinggi serat.
 
Sesiapa yang suka makan buah kiwi dia pasti memiliki usus yang sihat. Kiwi mengandungi serat yang tinggi dan baik untuk usus. Maksudnya, dia senang hadam terhadap sesuatu makanan. Tiada lagi masalah sembelit.

Buah kiwi juga sesuai diambil oleh pesakit kencing manis kerana ia rendah kandungan gula tetapi tinggi kandungan tenaganya. Ia sesuai diambil oleh pesakit kencing manis sebagai perangsang tenaga berbanding gula atau glukosa.

Kajian mendapati seseorang yang memakan buah kiwi satu jam sebelum tidur akan mendapat tidur yang lena. Ini kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi dapat menyeimbangkan mood seseorang dan menenangkan minda sebelum tidur.

Buah Kiwi Untuk Diet Sihat


1) Bagaimana mengamalkannya? Caranya sangat mudah, setiap pagi. Selepas bangun tidur anda makan buah kiwi dengan segelas air suam. Amalan ini sangat bermanfaat untuk mengaktifkan saluran pencernaan di pagi hari.

2) Air suam yang diambil bersama buah kiwi ini juga membantu serat larut dengan lebih mudah diserap oleh tubuh. Metabolisme tubuh juga semakin meningkat sehingga mampu membantu membakar lemak dalam tubuh.

3) Lebih hebat lagi, sarapan dengan buah kiwi menjadikan anda lebih kenyang kerana buah dan air akan membuat perut berasa kenyang lebih lama. Namun sebagai peringatan jangan makan buah kiwi lebih dari tiga biji sehari.

Buah Kiwi Bagus Untuk Diet sihat. Makan buah kiwi juga boleh mencantikkan kulit. Nak tahu apakah kandungan zat dalam buah kiwi? Di dalam buah kiwi terdapat:-

  • Kalori
  • Kalium
  • Serat
  • Protein
  • Vitamin E
  • Kalsium
  • Vitamin C
  • Magnesium
  • Vitamin A
  • Folat
  • Gula asli
Buah Kiwi Bagus Untuk Diet Sihat

Buah Kiwi Bagus Untuk Diet Sihat

Jadi, apa tunggu lagi?? Marilah kita mula makan buah-buahan yang mengandungi zat yang tinggi dan sesuai untuk tubuh kita. Bagus diambil bagi orang yang nak mengatur program diet sihat mereka.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close