Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Kopek Telur Puyuh Paling Mudah

Cara Kopek Telur Puyuh Paling Mudah. Telur puyuh memang sedap, makan sebiji dua mana cukup sebab saiznya yang kecil. Tetapi ada masalah sikit nak kopek kulit dia tu yang nipis. Dan biasanya, kulitnya akan melekat di tangan selepas mengopeknya.

Proses mengopek kulit telur puyuh yang agak lambat selalu menjadikan saya agak malas nak masak sambal telur puyuh atau sup telur puyuh. Maka, jalan mudah adalah dengan membeli saja makanan yang teringin tu.. 

Cara Kopek Telur Puyuh Paling Mudah


Mari kita cuba cara-cara dibawah untuk kopek kulit telur puyuh:

Cara Kopek Telur Puyuh Paling Mudah

Telur puyuh memiliki kulit/ cengkerang yang nipis dan agak sukar nak dikopek. Cuba lihat cara-cara atau petua di bawah yang mungkin digunakan untuk memudahkan kopek kulit telur puyuh.

Cara Kopek Telur Puyuh Paling Mudah

1. Ketika telur puyuh sudah masak, angkat, dan toskanlah telur puyuh tersebut. Kemudian, siram dengan air sejuk atau merendamnya dalam bekas berisi air ais (ataupun disimpan sejenak di dalam peti sejuk) untuk menurunkan suhunya supaya cepat sejuk.

Kalau makin sejuk telur puyuh lepas direbus, maka akan semakin mudah pula untuk dikupas kulitnya. Seterusnya, ketuk permukaan kulitnya dengan lembut, lakukan hingga retak. Kemudian, cari bahagian yang lebih mudah retak dan terkuak, kawasan itu jadi tempat yang senang nak dikopek.

Proses pengupasan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat. Kupaslah dengan perlahan agar bentuk asal dari telur puyuh itu tidak rosak. 

2. Jika kulit atau cengkerang telur puyuh susah nak terkopek, cubalah untuk mengupasnya di dalam rendaman air sejuk.

3. Cara ketiga, selalu kacau-kacau telur puyuh ketika sedang merebusnya. Supaya kulit telur tetap ada di tengah jadi saat di kupas tidak ada bahagian yang tipis. Setelah telur masak, siram telur dengan air sejuk. Bila telur sudah sejuk, ketuk kulit telur dan kupas secara perlahan. Cara ini sudah terbukti, tak ada telur yang tertinggal di kulitnya.

Selamat mencuba petua di atas ya kekawan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close