Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Doa Untuk Jadi Orang Lebih Bertakwa

Doa Jadi Orang Lebih Bertakwa. Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita semua orang islam yang bertakwa @ bertaqwa. Susahnya jalan menuju takwa, hanya Allah yang Maha Tahu. Didatangkan segala badai dan ujian, sebelum akhirnya kita dikurniakan ketakwaan tersebut.

Sebelum itu, kita kena faham kenapa kita kena berdoa. Doa adalah kekuatan. Doa adalah "super power" bagi orang islam. Doa adalah lebih kuat dari musibah.
 
Doa dalam menghadapi musibah terbahagi kepada tiga tingkat:

1. Doa lebih kuat dari musibah, maka ia dapat mengusirnya.
2. Doa lebih lemah dari musibah, maka musibah dapat mengalahkannya sehinggalah seseorang ditimpa musibah. Akan tetapi boleh jadi doa dapat meringankannya walaupun doanya lemah.
3. Keduanya saling berlawanan antara satu sama lain, saling mencegah terjadinya pada orang tersebut. (Lihat al-Jawab al Kafi, hlm. 4)

Jadi, marilah kita sama-sama berdoa agar segala musibah berlalu pergi dan digantikan kebaikan seluas lautan. Insya Allah.

Doa Mohon DiKurniakan Taqwa


Doa Jadi Orang Lebih Bertakwa

Doa Mohon Takwa Dalam Rumi;


Allahumma aa tinafsi taqwaahaa
Wazakkihaa antakhairum manzak kaahaa
Anttawaliyyuhaa wamaulaa haa

Maksudnya;

"Ya Allah, berikanlah ketakwaan kepada jiwaku, dan bersihkanlah ia kerana Engkaulah sebaik-baik yang dapat membersihkannya, Engkaulah Pelindung dan Tuan kepadanya."

Amalkanlah doa mohon takwa tersebut jika ada kesempatan, terutama selepas solat, agar kita menjadi hambaNya yang bertaqwa dan beramal soleh.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments