Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Resepi Sayur Lemak Pisang Muda Paling Sedap

Resepi Sayur Lemak Pisang Muda Yang Sedap. Sayur lemak pisang ni sayur legend, bonda saya dulu suka masak lemak pisang ni. Sebab kat keliling rumah banyak pokok pisang. Mana yang ada, itu yang kita orang makan untuk sayuran. Pucuk manis pun tanam keliling rumah buat pagar dan juga sayur sekali.. kiranya masa kat kampung dulu, rumah kita orang dipagari dengan pucuk sayuran. 

Nak makan buah pun sama, banyak pokok betik dan belimbing keliling rumah. Sampaikan satu tahap, saya dah muak makan kedua-duah buah tersebut. 

Okay, kita main masak-masak apa hari ni? Tentulah nak masak lemak pisang.

Resepi Sayur Lemak Pisang Muda Paling Sedap
Google picture - azlita masam manis


Resepi Sayur Lemak Pisang Muda Yang Sedap


Bahan-bahan:

1 sikat pisang muda ~ di potong, siat kulit dan cuci bersih
*Siat kulit pisang dahulu. Kulit pisang boleh di masukkan juga dalam gulai jika ianya bersih. Potong ikut keselesaan, boleh potong serong atau potong 2 dan belah tengah tapi jangan putus.
4 keping kepak ayam ~ boleh juga guna bahagian ayam yang lain, kalau tak nak letak pun boleh
20 tangkai cili padi ~ dikisar
1 batang serai ~ dikisar
6 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
1 inc lengkuas ~ dikisar
1 inc kunyit hidup ~ dikisar
1 helai daun kunyit ~ buang batang tengahnya, 1/2 dikisar dan 1/2 bahagian lagi dimayang halus
3 keping asam keping
1 batang serai dititik
1 biji santan kelapa
1 kiub ayam
air secukupnya

Cara penyediaan masak lemak pisang muda yang sedap


1. Pisang yang telah telah dipotong dicuci bersih. Masukkan pisang dalam periuk bersama air dan rebus hingga pisang empuk. Kemudian toskan airnya

Resepi Sayur Lemak Pisang Muda Paling Sedap

2. Dalam periuk bersih, masukkan bahan-bahan yang dikisar dan serai, masak hingga mendidih dan naik harum baunya

3. Kemudian masukan ayam, masak hingga ayam empuk. Tambahkan air jika kurang. Jangan lupa masukkan asam keping dan kiub ayam

4. Setelah kuah mendidih, masukan pisang yang telah direbus tadi.. Kemudian masukkan santan. Biar kuah merenih

5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Taburkan hirisan daun kunyit (jika suka). 
Masak hingga kuah sedikit pekat, sayur lemak pisang muda sedia dihidangkan

Resepi Sayur Lemak Pisang Muda Paling Sedap

Resepi Sayur Lemak Pisang Sedap, dimakan panas-panas dengan ikan kering. Kalau tak nak masukkan ayam pun tak apa. Cuma sayur pisang muda tu pun dah sedap. Kalau bahagian ayam, yang sedap tu kaki ayam la.. 

Selamat mencuba ya kekawan.. 🤩
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments