Nak Ajar Anak Cara Tersenyum?

Nak Ajar Anak Cara Tersenyum? Tersenyumlah, walau hati kamu menangis. Ajarlah anak tersenyum dengan senyuman kamu. Bila engkau menangis di depannya, maka engkau sedang mengajar anakmu menangis! Apa-apa saja yang engkau lakukan di depan anakmu, baik atau kelakuan buruk, mereka akan meniru. Terutama jika anak-anak itu masih berusia mentah. Belum pandai berfikir waras dan secara wajar. 

Mahukah kamu jika anakmu meniru kelakuan burukmu?? Ingatlah! Walau seburuk mana perangaimu wahai orang tua, usahlah berbangga menunjukkan pada anak-anakmu. Tunjukilah yang baik-baik saja..

Nak Ajar Anak Cara Tersenyum?


Nak Ajar Anak Cara Tersenyum?
Gambar google

Nak ajar anak tersenyum? Kita kena banyakkan tersenyum. Senyumlah seikhlasnya walaupun kita sedang penat. Layanlah mereka dengan kasih sayang walau hati kita sendiri sedang lelah. Walau stress macam mana pun, tunjukkan muka manis di hadapan mereka.

Nak ajar anak beradab? Kita kena dulu beradab. Tolonglah jaga adab kita di hadapan anak-anak. Ajari anak cara hormatkan orang yang lebih tua, bercakap ikut rentak atuk atau neneknya. Kalau berbual dengan cikgu mereka pun ada cara dan batasnya. Tidak boleh bertepuk tampar dengan guru yang memberi dan mengajarkan ilmu kepada mereka. Dengan kita orang tuanya, pun kena ada adab dan sopan santun. Semoga kita semua dikurniakan dengan anak-anak syurga yang lembut hati, mendengar kata... senang penenang hati penyejuk mata. Insya Allah.

Nak ajar anak jadi penyabar? Kita kena dulu bersabar di hadapan mereka. Jangan ajar anak membenci sesuatu perkara, usah desak mereka untuk ikut pilihan kita. Contohnya dalam kereta, bila terperangkap dalam jammed, jangan memaki sana sini. Sekejap je lagi mereka dah tiru. Berhati-hati ya!

Inilah yang dinamakan mirror neuron. Anak-anak kita walau muka comel macam tak kisah apa kita buat.. macam tak kisah hal sekeliling, tapi sebenarnya mereka mempunyai kemampuan meniru perbuatan kita walaupun sehalus-halus perkara.

Nak Ajar Anak Cara Tersenyum? Usahakanlah. Agar anak-anak kita tahu tersenyum dan berbesar hati membesar di bawah lindungan kasih sayang kita. Seikhlasnya.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close