Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Apple Pie Yang Sedap

Resepi Apple Pie Sedap Ala McDonald! Pie ada banyak rasa, ada perisa apple, yam, perisa mangga dan banyak lagi. Yang paling popular tentulah apple pie, dari zaman saya remaja sampai lah dah dewasa ni, apple pie yang paling jadi kegemaran. Mungkin rasa epal yang ada masam manisnya bila dikunyah dengan pembalut dia tuu.. yang buat kita sentiasa tercari-cari. 

Resepi Apple Pie Yang Sedap


Resepi Apple Pie Sedap Ala McDonald


Bahan untuk buat inti

green apple 3 biji
1 sudu butter
2 sudu brown sugar @ gula putih
1 sudu kecil perahan lemon
1 sudu kecik cinnamon powder (serbuk kayu manis)
1 sudu tepung gandum

Resepi Apple Pie Yang Sedap

Resepi Apple Pie Yang Sedap

Cara penyediaan apple pie yang sedap


1. Mula-mula buang kulit apple tu dan potong dadu. Kalau boleh jangan kecik sangat sebab kalau nak makan nanti tak rasa sangat..

2. Masak sekaligus semua bahan inti tu dalam periuk, tak perlu letak air, sebab automatik gula tu akan cair sekali dengan apple tu. Masak dengan api sederhana dan kacau sampai semua sebati. Ketepikan

3. Ambil roti putih gardenia tu, jadikan kulit pie. 

4. Buang tepi/ kulit roti dulu then golek kan dengan gelas kasi penyek roti tu. Lepas dah penyek, lipat 2 roti tu and klim kan bahagian tepi roti bagi melekat. Klim pakai garpu je.. tinggalkan 1 bahagian terbuka, nanti nak masukkan inti tu

5. Dah elok lekat boleh lah masukkan filling apple pie yang dah disejukkan.

6. Siap je masuk inti dalam roti, boleh lah kuatkan kan lagi klim tu dengan garfu. Selain mengelakkan bahagan tu terbuka, apple pie tu jadi lebih menarik kan.

Nota:

# Tips nak kasi klim tu elok lekat antara roti tu.
Letak sedikit sebatian tepung gandum + air pada keliling tempat nak klim tu then baru lah klim bahagian tepi tu ye.

7. Siap mengelim boleh lah terus goreng apple pie kita dalam kuali . Minyak kena banyak ye bagi tenggelam roti tu. Masak dalam minyak panas dalam 5 - 10 saat je. Kalau suka garing, biarkan sampai warna kekuningan.

Selamat mencuba resepi Apple Pie Yang Sedap ala McDonald punya..

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. sedap ni.. mkan plak time panas2.. cair isinya..sedap oooo

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close