Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lunch Nasi Ayam Geprek Sambal Hijau

Lunch Nasi Ayam Geprek Sambal Hijau. Lunch apa tadi korang semua? Masih sibuk beraya ke? Makan kat rumah terbuka? Ikut la kesempatan masing-masing ya, tetapi jangan lupa jaga SOP. Nak sihat kan? Insya Allah, yang baik kita amalkan. Semua orang pun rasa tenang sikit nak keluar rumah. 

Kita orang lunch nasi ayam geprek sambal hijau, tulis kat menu dia.. makanan melayu-Indo. So kita try la lunch kat situ walau dengan keadaan orang yang agak ramai.

Lunch Nasi Ayam Geprek Sambal Hijau

Makan berdua dengan Encik suami, si bujang bongsu dah balik asrama semula lepas cuti raya hari tu.. 

Lunch Nasi Ayam Geprek Sambal Hijau

 

Lunch Nasi Ayam Geprek Sambal Hijau


Tadaa!

Lunch nasi ayam geprek je hari ni, itu pun dah lewat sebab pergi cari cordless vacuum dan juga hadiah hari guru untuk si bujang kat asrama tu. 

Dia pakai order je, kita la yang kena courier kat dia. Anak oh anak!

Ayam geprek ni ada 2 sambal iaitu sambal merah dan sambal hijau. Kalau korang kuat pedas, ambillah sambal merah!

Lunch Nasi Ayam Geprek Sambal Hijau

Lunch Nasi Ayam Geprek Sambal Hijau

Kita orang order set sambal hijau. Almaklum usia dah bersiri-siri ni kita kena sedar diri. Insya Allah, itu yang sesuai untuk kita. Hehe..

Bagaimana rasanya? Okay, boleh diterima tekak ini. Sambal hijau dia sedap. Pedas tahap sederhana, kalau ikut kan rate saya.. tak pedas pun. Hehe..

Ayam pula agak garing, tapi pun masih boleh diterima sebagai sedap. Hmm.. cuma ayam goreng biasa je bukannya ayam berempah. 

Lepas lepak-lepak sekejap, kita pun meninggalkan restoran Sambal dengan perut yang kenyang.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close