Kebelakangan ini saya asyik mengadu panas apabila berada di dapur kerana bahang api dan juga keadaan dapur yang agak tertutup. Lalu saya cadangkan En suami pasang kipas atau aircond di dapur. Akhirnya, hari yang ditunggu pun tiba. Dapur sudah ada kipas.. yeay!!

Pasang Kipas Dinding Di Dapur, Memasak Lebih Selesa
Bila dapur dah ada kipas, memasak jadi lebih sejuk dan santai. Maka macam-macam menu boleh di masak, boleh lama-lama kat dapur.
Suami memang pandai hal berkaitan elektrikal, so semua dia buat sendiri.

Sebelum ni pakai extension pada bahagian sini tetapi kini En suami sudah tambah ruang soket yang attached pada wall. Keadaan lebih kemas la..

Ruang atas kabinet jadi lebih luas dan mudah nak buat kerja sampingan kat situ macam nak bancuh teh tarik ke.. nak potong memotong sayur pun boleh.. 😅😅

Bila kita selesa dan suka duduk kat dapur, insya Allah semua masakan pun jadi sedap. Sebabnya adalah IKHLAS memasak.
0 Ulasan
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.