Lunch Nasi Ayam Sedap Di Hari Minggu

Lunch dah lewat sebab sibuk cari bunga hiasan untuk rumah. Bunga apa tu, sky bird? Ala.. bunga yang viral. Cari punya cari dapat la apa yang kita orang inginkan. Berbalik pada lunch kita orang.. memang sejak raya pertama dah cari nasi ayam. Akhirnya terjumpa di Ayer Itam, Kluang.

Nampak banyak kan portion dia, kami minta lebih ayam untuk satu nasi. Rupanya ada set nasi ayam saiz L. Memang sedap sangat. Saya ratah ayam je yang lebih, nasi makan suku je.


Setelah kenyang perut, jam dah dekat pukul 4 petang. Sambung lagi cari sejadah tebal dan lembut untuk kegunaan di rumah. Dan tambah cari pasu lagi untuk letak pokok sky bird tu. Mulanya dah beli satu set dengan pasu, sekali tengok macam tak sesuai pulak. Hmm.. dah kena bebel dengan En suami. Saya apa kisah, pasu saya bayar.. haha
Dalam perjalanan pulang jammed pulak dari Simpang Renggam ke Kulai. Tak apa la, kita drive perlahan-lahan asalkan sampai rumah. Betul tak?
0 Ulasan
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.