Lifestyle Resepi Info Terbaik

Surah Al Fil - Lawan Kejahatan Manusia Kepada Kita

Surah Al Fil, surah yang boleh diamalkan untuk menerangi musuh dan fitnah dunia. Surah Al Fil mempunyai 5 ayat dan ia diturunkan di Mekah (Ayat Makkiyyah). Surah ini menceritakan tentang serangan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah. Peristiwa serangan ini berlaku pada tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Allah SWT telah menghantar pertolongan melalui burung Ababil yang telah menghancurkan dan mematikan mereka semua. Menurut sumber, kejadian kehancuran tentera bergajah ini berlaku di kawasan yang terletak di antara Mina dan Muzdalifah.

Surah Al Fil - Lawan Kejahatan Manusia Kepada Kita

Maksud ayat surah al Fil:


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

3. Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan;

4. Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras;

5. Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.


Kelebihan Dan Pengajaran Dari Surah al Fil 


Dibaca dalam solat sunat qabliah Subuh 2 rakaat selepas Fatihah, surah As-Syarh (Alam Nasyrah) dan Al-Fil dengan izin Allah tangan musuh tidak akan sampai pada kita dan terhindar dari penyakit buasir.

Cara Amalkan Surah Al Fil Lawan Kejahatan Manusia


Amalkan surah ini sehari 20 kali ulang. Wajib buat 7 hari terus jangan tinggal.

Cukup 7 hari, ulang lagi.

Fadhilatnya:

Dalam tempoh 40 hari ke 100 hari. Konflik akan terlerai. Fitnah akan terburai.

Apa pun yang bersekutu atau ada kumpulan yang nak beri kesusahan kepada kita, dari segi peperangan ke, apa sahaja jenis kesusahan dalam perang. Allah akan bubarkan tentera.

Kadang kadang kita nak berperang atau berlawan ni tak berdaya. Tapi minta lah pertolongan Allah.

Kita bergantung dengan Allah.
Allah buka kan kekusutan.

Akhirnya mereka yang nak buat hal dengan kita, mengkucar kacirkan perniagaan kita, akan berperang sesama sendiri. Kucar kacir sendiri.

Jom amalkan ini, jika kita rasa.. kita tak mampu lawan kejahatan manusia pada kita. Kita tak berdaya nak halang kekecohan orang buat pada kita dan keluarga, maka amalkanlah surah al Fil ini.

Allah bersama-sama kita sentiasa.

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close