Lifestyle Resepi Info Terbaik

Masak Sayur Kacang Botol Dengan Telur

Masak Sayur Kacang Botol Dengan Telur. Kacang botol pun sedap di buat ulam makan dengan cicah sambal belacan. Disebabkan saya kurang makan sambal belacan maka terpaksalah masak sayur dengan pecahkan telur di dalamnya. Jadi sedap pulak. Kekadang makan menu dan sayur yang sama je pun boring jugak. Tapi masalahnya, susah nak cari sayuran zaman silam kat supermarket. Misalnya sayur pucuk pakis, kayu manis, kacang botol, daun labu, pucuk keledek dan lainnya. Kalau ada kekawan yang tanam keledek, ada juga merasa daun keledek tu. Sedap dan lembut je bila dimasak lemak. Hmm.. Teringin pulak tekak ni.. Haha

Masak Sayur Kacang Botol Dengan Telur

Sayur kacang botol yang saya masak untuk dinner. Disebabkan balik kerja dah agak lewat, maka capai lauk apa dan sayur yang ada. Maka, masaklah lauk dinner kami sardin Adabi dengan sayur kacang botol tumis dengan telur.

Biasalah, saya dengan En suami je yang makan. Si bujang bongsu tu kata, peliklah! Haha.. Saya dah agak, dia kalau sayur tak pernah nampak memang susah nak makan.

Masak Sayur Kacang Botol Dengan Telur 
Masak Sayur Kacang Botol Dengan Telur

Masak Sayur Kacang Botol Dengan Telur

Sayur kacang botol tumis dengan telur memang boleh jadi pembuka selera. Kerangupan sayur kacang botol tersebut menjadikan makan malam kami bertambah pulak.. hehe, lepas tu layan dengan sardin kicap.

Alhamdulillah ... 💚

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

Random Posts

close