Lifestyle, Resepi, Keluarga Dan Informasi Terbaik

Resepi Makanan Thai Miang Pla Pao Dengan Sos Merah Dan Hijau Yang Sedap

Resepi Masakan Thai Miang Pla Pao. Yang ini versi melayu sikit kut sebab saya share resepi dari Puan Zila di FB. So, kita ikut je lah step by step dia nak hasilkan Miang Pla Pao yang selama ni pernah dengar dan tengok tapi tak pernah makan.

Sejarah Miang Pla Pao ni asalnya masakan negara Thai dari kawasan selatan, kalau tak silap. Khabarnya, di Kelantan, ada restoran yang menyajikan sajian ini. Sangat sedap. Selain ikan talapia, boleh juga menggunakan ikan siakap, aneka makanan laut seperti sotong, udang, kerang dan bermacam-macam lagi. Paling penting, sosnya harus sedap. 

Kalau dah namanya Miang Pla Pao, tak aci kalau makan dengan nasi tau, kena makan dengan suhun @ bihun tu jugak. Okay ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Resepi Makanan Thai Miang Pla Pao Sedap Dan Mudah


Resepi Makanan Thai Miang Pla Pao 


Miang Pla Pao zilazzz version.. ๐Ÿคช
sy share resepi kat bawah ๐Ÿ‘‡
kot rajin cubalah buat, sedapppp.. ๐Ÿคฃ - kata owner resepi ni


Resepi Makanan Thai Miang Pla Pao
Gambar hiasan

Resepi sos hijau :


bawang putih 4 ulas
daun ketumbar
cili padi hijau 10biji + cili besar hijau 2 biji (kalau nak pedas lg boleh lebihkan)
gula melaka
air limau nipis agk² sendiri
sos ikan 3 sudu (kalau tawar boleh tambah)
air masak
blend lumat semua bahan di atas

Resepi sos merah :


sos cili thai 1 senduk
cili padi merah 4 biji (potong kecik)
bawang putih 3 ulas (cincang halus)
daun ketumbar (cincang)
air limau nipis agak² sendiri
1sudu gula
campurkan semua gaul sebati

Resepi ikan:


ikan Talapia merah / siakap kelar serong sampai ke tulang..
gaul kunyit, garam, cukup rasa n tepung jagung
goreng garing..

Sayur-sayuran / ulam:


๐Ÿ”นSalad, timun jepun, tomato ceri, nak bubuh sayur lain pon boleh asalkan di makan,.. ๐Ÿ˜

๐Ÿ”นbihun/suhun

Nak hias mcm mana, boleh dapatkan idea dari gambar tu.  

p/s : makan miang pla ni campur dua² sos ni memang sedap sangat.. . tapi kalau lebih suka sos merah terpulang..

Kredit sumber: Zila Nur Aril
& Kisahresepi.com
 

Post a Comment

0 Comments

close