Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pokok Bunga Akhirnya Bercambah Subur

Pokok Bunga Akhirnya Bercambah Subur. Tak tahu apa nama pokok bunga yang dah mula tumbuh dan bertunas tersebut. Kami ambil dari rumah orang tua di kampung. Letih nak menunggu tunasnya bercambah dan daun yang lebar itu muncul. Akhirnya setelah 3 bulan, dah nampak hasilnya.

Pokok Bunga Akhirnya Bercambah Subur

Pokok Bunga Akhirnya Bercambah Subur

Gambar atas dan bawah - pokok ketapang yang dihadiahkan oleh rakan sepejabat. Pokok bunga ini kami mula menjaganya dari bulan Januari 2023. Ketika diterima, tinggi pohon ketapang ini sekadar 0.5 meter. Kini, dedaunnya dah bercabang tinggi dan semakin rimbun. Tingginya pun dah lebih 1 meter. Nampak gaya, saya dah boleh tanam pokok bunga.. hehe

Pokok Bunga Akhirnya Bercambah Subur

Pokok Bunga Akhirnya Bercambah Subur

Pokok kelapa kipas, dekat 6 bulan kami menanamnya. Pucuk muda sentiasa tumbuh baru namun daun/ pelepah kelapa yang lama mulai rosak kerana ditiup angin atau sudah masanya untuk mati. Namun, bila daun kipas mula mengembang, ia kelihatan amat menarik dan hijau merimbun.

Sekarang ni tengah fikir nak tambah pokok bunga apa pulak selepas ini. Rasanya macam nak tanam pokok bunga cina la.. tunggu kebenaran dari bentara guru dulu.. hehe

Melihat pokok bunga setiap pagi sebelum pergi kerja merupakan satu terapi buat mata dan minda..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close