Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Sarapan Roti Canai Pada Cuti Awal Muharam

Sarapan Roti Canai Pada Cuti Awal Muharam. Cuti umum ini kami ambil kesempatan breakfast di luar. Selepas cuci baju dan kemas rumah sekejap, mandi dan bergegas keluar dalam pukul 9.45 pagi. Ikut rancangan, jika sarapan dah habis kita orang akan cari barang dapur dulu dan kemudian terus cari lunch. 

Alhamdulillah, tiba di warong kegemaran semua menu masih ada. Roti canai garing rangup pun ada. Nasi lemak ayam pun masih banyak lagi. Dan, soto nasi juga belum habis. Mungkin owner warong dah ready dengan permintaan di hari cuti umum. Maka, semuanya disediakan secukupnya.

Sarapan Roti Canai Pada Cuti Awal Muharam

Roti canai rangup garing in the house!! Ada 3 pencicahnya iaitu sambal tumis, dalca dan juga kari ayam. Korang cicah mana je la yang korang suka.

Sarapan Roti Canai Pada Cuti Awal Muharam

Dan, anak bongsu ku mintak nasi lemak ayam jugak. Ayam bukan satu, tapi dua ketul terus dia order.

Sarapan Roti Canai Pada Cuti Awal Muharam

Saya dan En suami kongsi soto nasi. Sebab dah kenyang menghabiskan 2 keping roti canai seorang.

Order macam-macam.. Semua memang penambah gula dan kalori. Siap pesan masing-masing kena lari 2 km kalau nak buang semua tu.. yang penting makan dulu?! Betul tak?
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.