Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Servis Dan Cuci Kereta, Black Knight!

Servis Dan Cuci Kereta, Black Knight! Seawal 9.30 pagi kami ada appointment servis kereta di HC. Check kereta, semak senarai servis untuk kali ini dan sign. Setuju untuk item yang disebutkan. Anggaran masa 3 jam. Lebih kurang 12.30 tengahari siap. Kemudian kami pergi shopping centre berdekatan, cari sarapan sebab perut dah bernyanyi dari rumah lagi. 

Berkenaan dengan servis kereta Black Knight kesayangan kami, kali ni servis agak mahal sikit dan banyak item kena ganti. Kalau tak silap ada 22 item kena servis. Redha je la, demi keselamatan kenderaan kami itu.

Servis Dan Cuci Kereta, Black Knight!

Servis Dan Cuci Kereta, Black Knight!

Hampir 7 tahun kami guna kereta Civic ni. So far kurang ragamnya dan seboleh mungkin kami akan displin melakukan servis 2 kali setahun. Begitu juga dengan tayar dan bateri kereta. Kena sentiasa check dan berjaga-jaga. 

Mengikut kata mechanic, semua item sudah di servis dan dalam keadaan good condition. Cuma bateri health tinggal 74% dan paddle brek masih elok dan tebal. Untuk bateri, kena tukar dalam tempoh 2 bulan gitu.. kena ingat ni.. hehe

Untuk semua kos servis, labour caj dan cuci kereta, kami bayar RM1,235. Memang dah standby dan pihak HC pun dah inform awal-awal anggaran caj yang dikenakan.

Servis Dan Cuci Kereta, Black Knight!

Servis Dan Cuci Kereta, Black Knight!

Paling saya suka adalah apabila sport rim yang banyak calar balar dah berkilat selepas dicuci. Saya rasa servis cuci kereta kat HC ni lah yang terbaik pernah saya alami.

Macam biasa, jika kita sayang barang kita.. kenalah jaga elok-elok. Kalau boleh kita nak guna dalam jangka masa panjang. Betul tak?

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close