Malam minggu lepas kami makan malam dengan menu seafood. Menu biasa di restoran thai iaitu sotong goreng tepung, ikan siakap 3 rasa, tomyam seafood, baby kailan goreng biasa dan telur dadar.

Di restoran faveret kami ni menu signature dia dah tentu ikan siakap masak 3 rasa. Kalau korang tengok kuah sos dia tu memang mantap! Licin habis kami kerjakan makan dengan sotong goreng tepung. Dia ngam-ngam je rasa dia. Manis, masin, bau daun ketumbar dia.. sesedap rasa. Tak berlebihan. Ikan digoreng juicy, lembut isinya. Memang faveret kami sekeluarga.


Sotong goreng tepung yang rangup. Digoreng dengan tepung yang sesuai dan mudah dikunyah. Isi sotong lembut je, tak liat. Memang yummy dan kita orang biasa order lebih sikit. Walau harganya agak mahal..

Sesekali makan dinner dengan menu seafood memang seronok. Perut kenyang hati happy, anak pun suka. Harga dia boleh lah tahan.. bukannya selalu. Menu seafood memang antara menu dinner kegemaran kami berbanding dengan western food. Kita orang kalau nak makan daging bagai.. memang amat jarang. Mungkin 6 bulan sekali, sebab kami anak beranak tak berapa gemar daging. Kalau ikan atau ayam okay je..
Bye!

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.