Dan yang terbaru, saya beli rak bunga bertingkat, untuk meletakkan pokok-pokok yang bersaiz kecil dan renek. Warnanya hitam, tiga tingkat dan agak kukuh. Ia bukan lah kayu, tetapi sebahagian plasyik dan besi.

Cantik kan? Boleh je nak letak pasu yang agak besar saiznya tetapi letak yang comel-comel boleh muat banyak.


Oleh kerana ia dibeli online, maka saya tunggu anak bujang balik bercuti. Dialah yang rajin melayan sang ibu bercucuk tanam. Harapkan En suami, tiada masa je kerjanya.
Bila dah siap pasang, wahh... cantik lah rak bunga bertingkat ni. Ruang parking kereta nampak kemas. Dan, kita boleh angkat kemana-mana ruang yang kita suka.
Kalau korang ada minat macam saya, boleh lah beli rak bunga tiga tingkat ni pada harga RM129.90.
Ok bye!

Kami pun sejak ada banyak pokok, memang beli rak untuk nampak lebih kemas.. Nampak lebih teratur..
ReplyDelete