BELANJAKANLAH HARTAMU DEMI MENCARI KEREDHAAN ALLAH
Firman Allah SWT :
وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنۡ خَیۡرࣲ فَلِأَنفُسِكُمۡۚ وَمَا تُنفِقُونَ إِلَّا ٱبۡتِغَاۤءَ وَجۡهِ ٱللَّهِۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنۡ خَیۡرࣲ یُوَفَّ إِلَیۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ
[Surah Al-Baqarah: 272]

Terjemahan:
"Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan."
Kenapa kita kena belanjakan harta kita yang terbaik di jalan Allah?
1. Untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT
2. Untuk menguji keikhlasan kita
3. Untuk kita sama-sama merasai kesusahan atau kekurangan orang lain, sama-sama berjaya ke jalan yang diredhai
4. Untuk menghapuskan dosa-dosa lalu kita
5. Insaf dan bertaubat dari khilaf
Kerana, kita tidak boleh bersendirian jika mahu menuju ke syurga Allah. Ada ketika ganjaran baik dan pahala yang Allah beri adalah melalui makhluk Allah yang lain samada manusia, binatang, pepohon dan sebagainya. Contohnya jika pokok buah-buahan kita berbuah lebat, jangan risau jika ia dimakan oleh haiwan atau burung. Sedekah dan redha sahaja, belanjakan di jalan Allah. Itulah sebenarnya jalan kita menuju syurga, iaitu melalui haiwan.
Elakkan mengeluarkan sumpahan atau kata-kata kasar kerana apa yang kita lontarkan itulah ujian terhadap diri kita sendiri.
Semoga bermanfaat.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.