
Jadual Harian Diet IF 16 : 8 Untuk Newbie
IF 16 : 8 bermaksud, kita berpuasa selama 16 jam dan makan mengikut sukatan tertentu dalam tempoh 8 jam tersebut. Jadualnya di bawah:-
8:00 pagi - MINUM. Air putih/ kopi/ teh hijau - semua tanpa gula.
12:00 tengahari - MAKAN SIANG, Nasi 1/2 bahagian, ikan sayur
3:00 petang - SNACK TIME, buah-buahan segar
7:00 malam - MAKAN MALAM. Makanan tinggi protein dan serat. Rendah kalori
8:00 malam - MULAI PUASA! Air putih, teh herba, tidur cukup.
Ini adalah jadual IF bagi newbies. Tak perlu tergesa-gesa. Nikmati lah putarannya dan jangan stress. Santai-santai melalui proses diet IF anda.
Segalanya memerlukan proses. Nak kurus ada prosesnya. Nak gemuk pun begitu juga. Jadi, pegang niat anda betul-betul.
Kita nak sihat kerana tidak mahu menyusahkan orang lain bila usia menginjak senja.
Semoga bermanfaat.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.