Adakah anda tahu air kelapa ni banyak khasiatnya? Kebiasaan bila anak panas badan, kita bagi minum air kelapa. Tujuannya adalah untuk meredakan panasnya. Ada banyak lagi sebenarnya kebaikan air dari buah kelapa ini. Baca sampai habis penerangannya di bawah.

Air kelapa adalah minuman yang dikatakan sebagai penyejuk badan ini juga mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral penting seperti vitamin B, vitamin C, kalsium, magnesium serta merupakan salah satu sumber potassium yang baik.

Kelebihan Air Kelapa Yang Ramai Tidak Tahu
1. Menyejukkan badan, membantu mengawal suhu badan
2. Bagi badan lebih rasa hydtate - no sugar!
3. Bawa oksigen ke cell
4. Meningkatkan metabolisma badan
5. Membantu menurunkan berat badan kerana ia rendah kalori
6. Mengawal diabetes/ kadar gula
7. Bagus untuk buah pinggang
8 Membantu nenurunkan kolesterol
9. Membantu mengawal tekanan darah tinggi

Air kelapa juga mudah didapati dan murah menjadikan ia antara minuman kesukaan ramai. Jangan ditambah gula pada air kelapa kerana ia tidak bagus untuk kesihatan. Rasa manis aslinya sahaja sudah cukup dan sesuai dengan keperluan gula dalam tubuh kita.
Semoga bermanfaat.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.