Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bagaimana Pentingnya Solatmu Di Alam Kubur?

Bagaimana solat membantu mu di alam kubur? Adakah kamu terfikir apa yang kerjakan itu iaitu amalanmu akan menjadi penentu nasibmu di alam kubur. Janganlah dipandang remeh tentang solat sehingga engkau abaikan bahawa meninggalkan solat itu adalah berdosa besar! Iya.. itulah kenyataannya. Solat adalah segala-galanya baharulah kamu memandang amalan yang lain seperti bersedekah, berpuasa, membayar zakat dan ibadah yang lainnya.

Renung-renungkan ya!!

Bagaimana Pentingnya Solatmu Di Alam Kubur?

BAGAIMANA PENTINGNYA SOLATMU Di ALAM KUBUR


"Kau akan tahu bagaimana berharganya solatmu pada malam pertama dalam kuburmu."

Siksa kubur yang akan dialami oleh orang yang lalai dalam solatnya, disebutkan dalam hadis Nabi SAW dari sahabat Samurah bin Jundab. Dalam hadis tersebut diceritakan bahwa, Nabi SAW melihat siksa bagi orang yang lalai dalam solatnya, iaitu kepalanya akan dipecahkan dengan sebuah batu besar dan hal itu dilakukan berulang kali. (HR. Bukhari)

Orang yang menjaga kerjayanya tetapi tidak menjaga solatnya akan serabut sepanjang hidupnya. Berbanding orang yang menjaga solatnya.

Jangan tunggu baik baru nak solat. Tapi solatlah sampai diri jadi baik.

Justeru, "Perbaikilah Solatmu
Agar Allah Perbaiki Hidupmu" ..
"Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu." (QS. Al-Baqarah: 153).

Solat tu adalah kunci kebahagiaan dunia dan akhirat.

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Ya Allaah.... bimbinglah kami dalam memperbaiki diri kami... Aamiin 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close