Entri Blog Paling Popular - Ucapan Hari Lahir Untuk Yang Tersayang. Inilah entri dalam blog aynorablogs.com yang kekal di tangga pertama sepanjang masa iaitu dari hati pertama ia diterbitkan iaitu pada 11 Mac 2016. Dah 10 tahun entri itu dalam blog dan ia terus releven hingga kini. Menulis dengan hati dan niat nak mudahkan diri sendiri mencari rujukan ucapan hari lahir, tak sangka hari ini ucapan selamat hari lahir dalam blig ini telah mencecah jutaan 😃😉 PV.





Entri Paling Popular Dalam Aynorablogs.Com - Ucapan Hari Lahir Untuk Yang Tersayang
Haha.. kita review entri sendiri untuk dapatkan monentun menulis entri viral seperti ini di masa mendatang. Nak menulis artikel yang berterusan relevan memang tak mudah. Kena ada sedikit penyelidikan, kena ada manfaat yang berpanjangan dan dikenang sepanjang masa.
Sewaktu nak menulis "Ucapan Hari Lahir Untuk Yang Tersayang", saya dapatkan idea dari anak bujang saya yang waktu berusia 16 tahun. Setiap kali nak buat ucapan hari lahir kepada suami, isteri, anak, saudara mara dan rakan taulan - saya akan stress! Tak tahu nak bagi ucapan apa?
Jadi sebagai penyelesaian, saya susun ucapan yang dicipta sendiri dengan anak (hehe..), compile daripada ucapan-ucapan bahasa inggeris yang berlambak di google dan ada juga daripada Pinterest.
Akhirnya, pada 11 Mac 2016 terbitlah entri - Ucapan Hari Lahir Terbaik Untuk Yang Tersayang!
Sehingga artikel ini ditulis, entri ucapan hari lahir di blog aynorablogs.com telah mencecah 1.88 million pageview. Alhamdulillah.
Tak mudah ya kekawan untuk kita kekalkan entri pada tahap sekarang, kerana kita kena sentiasa update entri tersebut dan ping kat mana-mana ping tools yang berkenaan.
Bagaimana Nak Refresh Entri Popular Dalam Blog
Untuk sentiasa refresh entri kita, ini caranya:
1. Republish entry dengan tukar date post kat setting blog, boleh republish 6 bulan sekali
2. Update imej dalam entri tersebut - 2 @ 3 tahun sekali
3. Update tajuk entri untuk sesuaikan dengan entri dari blogger lain yang lebih catchy
4. Kemaskini SEO dalam entri
5. Ping blog di google search, bing, yahoo dan lain-lain

Yang bestnya entri tersebut telah di share sebanyak 6.7K kali. Bila melihat angka-angka ni, kita lebih bersemangat nak tulis entri lebih baik dan banyak manfaat kepada ramai orang.
Semoga entri yang saya tulis ini dapat memberikan inspirasi kepada anda semua.
Bye!!


2 Comments
Wow tahniah Aynora.. Bukan mudah hasilkan entry di blog sendiri dengan capaian readers ramai begitu.. Pemangkin untuk terus menulis di blog.. syabas!
ReplyDeleteTerima kasih LZ. Kita mesti boleh!!😍
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.