Beli Anak Pokok Bunga Kertas 3 Warna

Aynora
By -
0
Beli Anak Pokok Bunga Kertas 3 Warna. Haaaa.. cuti hari ni kita tak duduk diam. Macam biasa sebelum keluar, make sure semua benda dalam rumah telah dikemas dan dibersihkan. Hari ni En suami kerja, company dia tak ambil cuti Awal Muharam. So, buat projek ke nursery berdua je dengan anak bujang bongsu. Plan kita orang pergi nursery dulu mulai pukul 10.30 pagi, kemudian nak is minyak my Black Knight, pergi melawat kedai perabot nak cari sofa bed dan last sekali is perut untuk lunch. Gitulah saya punya kerja, mesti kena ada planning dalam urusan harian. Bila dah plan, kena brief pulak pada ahli projek.. hah, begitulah... 😅😅😅

Beli Anak Pokok Bunga Kertas 3 Warna

Beli Anak Pokok Bunga Kertas 3 Warna

Sedikit info dari Wikipedia, ---- Pokok bunga kertas (atau disebut juga Bougenvilla) sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan laman hiasan. Semasa pokoknya berbunga, kebiasaannya kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga yang menarik. Hmm... patutlah bunga kertas di rumah saya ni tinggal bunganya je, daunnya luruh habis. 

Beli Anak Pokok Bunga Kertas 3 Warna


Anak pokok bunga kertas tu bukan 3 warna sekaligus, tetapi 3 pokok yang berlainan warna. Iaitu warna merah, putih dan kuning. Harap tumbuh suburlah pokok bunga kertas tu nanti. Sekarang ada juga tanam pokok bunga kertas tetapi daunnya gugur berguguran. Tinggal bunganya saja..

Beli Anak Pokok Bunga Kertas 3 Warna

Dekat nursery ni ada banyak jenis bunga kertas dengan ada sesetengah pokoknya dah melebihi 2 meter tinggi. Niat hati nak je beli yang besar tunjang tu, tapi bonet kereta saya tak muat, kalau tahu, tunggu En suami tak kerja boleh angkut pokok yang besar-besar guna Hilux dia. Hehe..

Beli Anak Pokok Bunga Kertas 3 Warna

Antara pokok bunga kertas yang saya beli adalah dari warna bunganya putih, kuning dan merah. Meriah nanti kalau tiba musim berbunga dia.

Beli Anak Pokok Bunga Kertas 3 Warna

Beli Anak Pokok Bunga Kertas 3 Warna

Kami angkut pokok-pokok bunga kertas tu guna my Black Knight 😅😅, muat pulak semua benda dalam bonet tu. Antara item lain yang kami beli adalah 10 beg tanah merah, tanah subur 5 bag dan pasu putih 2 biji. 

Tunggu hujung minggu ni saya kerjakan. Dah ada plan nak tanam dan alihkan pasu yang tak digunakan lagi. Kita ganti pokok dan pasu baru.

Semoga Allah mudahkan semuanya, hendaknya istiqamahlah saya dengan usaha berkebun ni. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!