Hanya Doa Mengiringi Dia Fly Balik Ke Malaysia

Aynora
By -
1
Hanya Doa Mengiringi Dia Fly Balik Ke Malaysia. Si dia fly ke Egypt pada akhir February untuk urusan Sijil Asal & Transkrip peperiksaan. Graduation dah selesai pada 4 Dismember 2025 yang lepas. Kini dia terbang balik ke Malaysia untuk menguruskan HO (housemanship) nya pulak dan macam-macam urusan lagi. Alhamdulillah, welcome home anakku!!

Hanya Doa Mengiringi Dia Fly Balik Ke Malaysia

Hanya Doa Mengiringi Dia Fly Balik Ke Malaysia


Akhirnya selepas 6 tahun dia akan lama tinggal di Malaysia. Hehe.. jika tidak dia tak pernah lama di rumah sedari usianya 13 tahun. 5 tahun di MRSM, 1 tahun di KMJ Tangkak & 6 tahun di Mansoura Manchester University Egypt..  memang anak perantau dia ni..

Pagi tadi pukul 2.09 pagi 18/6/2026, dia hantar mesej kata dah sampai di Cairo airport. Kemudian, jam 7.00 pagi dah dalam flight ke Dubai. Tak tahu berapa lama dia transit tu. Ada sekali masa COVID-19 dulu dia & kawan-kawannya kena transit 16 jam. Korang bayangkan lah. Nasib baik terbang ramai-ramai dengan geng dia, dapatlah naik train kelilingi Burj Al khalifah. Sebelum tu pada tahun 2022, dia transit di Doha Qatar.. pun selepas Covid. Memang kaut banyak pengalaman la dia transit di beberapa negara. Di Turkiye pun pernah. 

Semoga dia baik-baik saja, dan doaku.. Ya Allah, permudahkan urusannya dan jangan dipersulitkan. Hantarkan Malaikat-MalaikatMu menemani, mengiringi dan melindungi di sepanjang perjalanannya dengan izin dan bantuanMu Ya Allah. TUHAN yang Maha Pengasih & Pemilik Sekalian alam.

Insha Allah.  Sehingga artikel ini ditulis, dia masih belum reply whatsapp saya 😅😅, minta doakan anak bujang sulung saya ni selamat sampai ke Malaysia dan seterusnya menjejakkan kaki di rumah. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!