Terapi Mata Dan Minda Dengan Daunan Hijau Di Laman Rumah. Nikmat Tuhanmu yang mana hendaklah kamu dustakan? Hari ini isnin 13 Julai 2026, Johor cuti istimewa kerana kemenangan BN dalam PRN Johor 2026 pada hari sabtu yang lepas. Kerana hari cuti, dapatlah saya menyantuni pokok-pokok di laman rumah. Dapat captured moment dedaun pokok segar lebat menghijau. Memang terapi mata dan minda la pagi ni..













Terapi Mata Dan Minda Dengan Daunan Hijau Di Laman Rumah
Apa ya yang saya tanam kat laman comel ni? Ada sikit pokok bunga, landskap, pokok buah-buahan dan juga ulaman atau herba untuk memasak. Hehe..
1. Pokok-pokok landskap seperti sepit udang, rubber plant, pisonia grandis
Kesemua pokok landskap saya beli secara online dan ada sedikit yang di beri oleh rakan-rakan. Menanam pokok landskap amat mudah dan tahan lasak. Kalau kita biarkan beberapa hari tidak di siram pun tak apa..

2. Pokok kemboja dan Bolemiad
Pokok kemboja agar cerewet sikit, terutama pada awal pertumbuhan. Musuh utama dia adalah siput babi yang suka makan batangnya. Ini menyebabkan pokok akan mati atau bantut.

3. Pokok Kari, pokok aji nomoto dan calathea luthea

4. Pokok limau kasturi, Palma dan daun salam serta pokok bidara
Atas nasihat seorang ustaz, saya tanam pokok bidara dan limau kasturi. Bidara ni ada 2 jenis iaitu bidara berduri dan tidak berduri. Kedua-dua jenis pokok tersebut pun saya tanam. Pokok bidara epal yang tidak berduri pernah mengeluarkan buah beberapa kali dan tidak pernah putus bunganya.
Manakala, pokok bidara berduri dapat menghalang penghuni rumah daripada terkena sihir dan bole juga digunakan untuk merawat mereka yang terkena sihir. Waallahu'alam.

5. Pokok durian belanda, bidara dan pokok mangga

6. Pokok daun salam, pokok bidara

7. Pokok Kari dan bunga puding
Pokok Kari dah tentu perlu untuk masakan di dapur, yang muda daunnya boleh dibuat ulam cicah sambal belacan manakala daun yang tua sedap dicampur dalam masakan berasaskan kari dan jika goreng ayam berempah.



Selain itu, di laman comel ini juga ada di tanam:
1. Pokok lemon
2. Pokok ciku mega
3. Limau madu
4. Pokok delima - sedang berbunga
5. Longan brazil
6. Pokok bunga kertas berwarna putih, merah, oren, pink
Kebanyakan pokok- pokok di tanam di dalam pasu, untuk memudahkan saya pindah dan alihkan pokok-pokok berdasarkan keperluan cahaya dan air secukupnya.
Semoga bermanfaat.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Tags
Laman Comel


Bestnya macam2 tanaman ada tu. Suka makan pucuk ajinomoto tu celur cicah budu.
ReplyDeleteRasa puas hati bila melihat pokok sihat dan hijau pemandangannya. Penat hadap laptop, boleh hadap kehijauan pokok di depan rumah.
ReplyDeleteUwaaaaah, walau hanya melihat dari fotopun, mata saya ikut jadi segar 😄👍👍. Tangan kakak nih dingin, tanaman2 yg dijaga semua subur jadinya. Paling sukaa kalau melihat daun kari subur begituan Krn saya pun banyak memakai daun kari di masakan
ReplyDeleteHehehe, Faa tak kenal jenis2 pokok tapi kalau tengok semua hijau macam ni rasa tenang je cuci mata tengok tumbuhan.
ReplyDelete