Saya tahu ramai di antara kita pun dah hafal dan amalkan doa ini tetapi saya akan kongsi dan kongsi lagi sebagai refresh (mengingati) diri sendiri juga.
Info Yang Anda Cari:
Doa Agar Dikurniakan Ilmu Yang Bermanfaat Dan Rezeki Yang Baik.
Saya kongsikan doa dan amalan harian yang kami sekeluarga lakukan saban hari tanpa jemu iaitu doa memohon ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.

Doa dalam rumi;
Allahumma inni asaluka 'ilman naafi'an
Waarizqan toyyiban
Wa 'amalan mutaqobbala
Maksudnya:
Ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik (berkat) dan amalan yang diterima.
Cara membacanya:
Menurut para sahabat, Rasulullah SAW akan mengamalkan doa ini setiap awal pagi sebelum memulakan kerja.
Biasanya kami akan baca doa bangun tidur dulu dan terus baca doa memohon ilmu bermanfaat dan rezeki yang berkat ini sesudah itu.
Yang mana baik kita ambil dan amalkan, mana yang tidak berfaedah hendaklah kita tinggalkan.
Wallahu'alam.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.





5 Comments
Alhamdulilah, doa ni memang selalu Ustazah tadabbur Sis baca sebelum memulakan kelas..
ReplyDeleteAmalan doa awal pagi yang sangat indah dan penuh keberkatan. Semoga rezeki dan ilmu kita sentiasa diberkati.
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih sis atas perkongsian ringkas tapi sangat bermanfaat ini. Memang elok diamalkan setiap pagi sebelum mulakan tugas!
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteAlhamdulillah..Doa amalan harian yang bagus diamalkan. Sama-samalah kita baca setiap hari.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.