Info Yang Anda Cari:
Lunch Date Dengan Si Dia, Berteman Ikan Bawal Lemak Cili Api
Dalam berbincang perihal anak-anak.. sempatlah jugak dating berdua. Walau berdua kos makan kita pun boleh tahan macam makan dengan 4 beranak. Hehe..
Saya makan nasi ayam penyet, order french fries dan cocktail buah-buahan sedap.. segar antara isinya buah naga, mangga, watermelon dan anggur. Hmm.. memang segar. Tapi gambar tak snap.. hihi




Encik suami makan bawal lemak cili api. Satu set je dah dekat RM25.00, kena makan sampai habis saya kata. Tapi tak habis jugak.. saiz ikan bawalnya agak besar.


Akhir sekali air minuman kami sama warna tetapi saya punya honey lemon dan en suami punya nenas longan. Memang amat menyegarkan.
Sambil-sambil tu kira kos menerbangkan anak bujang bongsu ke luar negara untuk medical degreenya. Dalam asyik keluar duit, rupanya kami dah habis sekitar RM65,000 hanya untuk proses sebelum penerbangan. Antaranya kos tiket penerbangan, bayaran rumah sewa di luar negara, yuran semester pertama, lain-lain terjemahan dokumen, pendaftaran di website universiti dan lain-lain lagi.
Kami dah redha. Kursus perubatan samada di dalam atau luar negara memang agak mahal. Jadi sebagai ibu bapa, kita kena bersedia dari awal untuk menunaikan hak anak-anak selagi mampu.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


Happy dinner ya..
ReplyDeleteBanyak juga kos medic luar negara.
ReplyDeleteMenu yg sedap bersama orang tersayang, bertambah sedap jadinya :)
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan anakanda
semoga dipermudahkan urusan kakak dan abang dalam menguruskan urusan anak2
ReplyDeleteSemoga segala urusan anak bongsu Kak Aynora dipermudahkan untuk persediaan 'fly' September nanti. Memang betul, kos persediaan pengajian perubatan ni bukannya sikit, tapi demi masa depan anak-anak, pengorbanan ibu bapa memang tiada galang ganti. Moga dilimpahkan rezeki buat sekeluarga
ReplyDeleteSesekali dapat berdating seronok juga. Ikan bawal pun dah mahal, apatah lagi dah dimasak. Berbaloi juga size dan harganya tu. Besar belanja untuk belajar oversea dan course tu.
ReplyDeleteKak, saya ada masalah nak komen kat sini. Tengah taip komen, lepas tu dia refresh sendiri. Yang taip tu hilang terus. Beberapa kali jugalah jadi.
So sweet dating berdua! Bila dah berkeluarga, memang precious betul moment berdua macam ni. Menu nasi ayam penyet dengan fruit cocktail segar tu nampak terpaling padu! Persiapan medical degree memang tinggi kosnya, tapi pengajian anak pelaburan terbaik. Moga permulaan journey anak bujang berjalan lancar & dipelihara rezekinya. Syabas Sis!
ReplyDelete