Lunch Date Dengan Si Dia, Berteman Ikan Bawal Lemak Cili Api

Aynora
7
Lunch Date Dengan Si Dia. Hari ni kita makan berdua je dengan En Suami, si dia kita tu lah. Anak bujang keluar berjumpa dengan kawan perempuannya, dan si adik ada class online. Sejak dah nak fly bulan September nanti, anak bongsu kami semakin sibuk dengan segala persiapan termasuklah class online persediaan ke luar negara, tempahan blazer, lab coat, t-shirt batch dan macam-macam lagi. Barang-barang yang nak di bawak pun belum habis disenaraikan. Sedangkan si ayah dah bising-bising jangan sampai ada yang tercicir nanti.
Info Yang Anda Cari:

Lunch Date Dengan Si Dia, Berteman Ikan Bawal Lemak Cili Api


Dalam berbincang perihal anak-anak.. sempatlah jugak dating berdua. Walau berdua kos makan kita pun boleh tahan macam makan dengan 4 beranak. Hehe..

Saya makan nasi ayam penyet, order french fries dan cocktail buah-buahan sedap.. segar antara isinya buah naga, mangga, watermelon dan anggur. Hmm.. memang segar. Tapi gambar tak snap.. hihi

Lunch Date Dengan Si Dia, Berteman Bawal Lemak Cili Api

Encik suami makan bawal lemak cili api. Satu set je dah dekat RM25.00, kena makan sampai habis saya kata. Tapi tak habis jugak.. saiz ikan bawalnya agak besar.

Lunch Date Dengan Si Dia, Berteman Bawal Lemak Cili Api

Lunch Date Dengan Si Dia, Berteman Bawal Lemak Cili Api

Akhir sekali air minuman kami sama warna tetapi saya punya honey lemon dan en suami punya nenas longan. Memang amat menyegarkan. 

Sambil-sambil tu kira kos menerbangkan anak bujang bongsu ke luar negara untuk medical degreenya. Dalam asyik keluar duit, rupanya kami dah habis sekitar RM65,000 hanya untuk proses sebelum penerbangan. Antaranya kos tiket penerbangan, bayaran rumah sewa di luar negara, yuran semester pertama, lain-lain terjemahan dokumen, pendaftaran di website universiti dan lain-lain lagi.

Kami dah redha. Kursus perubatan samada di dalam atau luar negara memang agak mahal. Jadi sebagai ibu bapa, kita kena bersedia dari awal untuk menunaikan hak anak-anak selagi mampu.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

7 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. Banyak juga kos medic luar negara.

    ReplyDelete
  2. Menu yg sedap bersama orang tersayang, bertambah sedap jadinya :)

    Semoga dipermudahkan urusan anakanda

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan kakak dan abang dalam menguruskan urusan anak2

    ReplyDelete
  4. Semoga segala urusan anak bongsu Kak Aynora dipermudahkan untuk persediaan 'fly' September nanti. Memang betul, kos persediaan pengajian perubatan ni bukannya sikit, tapi demi masa depan anak-anak, pengorbanan ibu bapa memang tiada galang ganti. Moga dilimpahkan rezeki buat sekeluarga

    ReplyDelete
  5. Sesekali dapat berdating seronok juga. Ikan bawal pun dah mahal, apatah lagi dah dimasak. Berbaloi juga size dan harganya tu. Besar belanja untuk belajar oversea dan course tu.

    Kak, saya ada masalah nak komen kat sini. Tengah taip komen, lepas tu dia refresh sendiri. Yang taip tu hilang terus. Beberapa kali jugalah jadi.

    ReplyDelete
  6. So sweet dating berdua! Bila dah berkeluarga, memang precious betul moment berdua macam ni. Menu nasi ayam penyet dengan fruit cocktail segar tu nampak terpaling padu! Persiapan medical degree memang tinggi kosnya, tapi pengajian anak pelaburan terbaik. Moga permulaan journey anak bujang berjalan lancar & dipelihara rezekinya. Syabas Sis!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
To Top