Selamat Hari Kebangsaan Ke 69 Tahun, HKHM 2026 - Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Tema rasmi bagi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 ialah “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati". Tahun 2026 ini kita telah merdeka selama 69 tahun. Masalahnya - merdekakah kita? Jawapan itu ada pada diri kita sendiri, setiap warganegara Malaysia yang kita cintai.

Bagi menaikkan semangat kebangsaan kita untuk kali yang ke 69 tahun, saya kongsikan tema hari kebangsaan negara sejak 10 tahun terakhir ini:

Tahun 2022 : Keluarga Malaysia Teguh Bersama (65 tahun)
Tahun 2021 : Malaysia Prihatin (64 tahun)
Tahun 2020 : Malaysia Prihatin (63 tahun)
Tahun 2018 : Sayangi Malaysiaku, Kita Punya Malaysia (61 tahun)
Tahun 2017 : Negaraku Sehati Sejiwa (60 tahun)

Selamat Hari Kebangsaan Ke 69 Tahun, HKHM 2026 - Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
Info Yang Anda Cari:

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati - Tema Hari Kebangsaan 2026


Apakah maksud MALAYSIA MADANI? Dalam konteks hari kebangsaan kita ini, Malaysia MADANI adalah satu gagasan dasar pentadbiran negara yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kata "Madani" berasal dari bahasa Arab yang bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian, dan kebendaan. Ia bertujuan membina sebuah negara bangsa yang seimbang, progresif, dan berteraskan nilai kemanusiaan.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati boleh diterjemahkan sebagai komitmen kerajaan untuk memastikan nikmat kemajuan, kemakmuran, dan keharmonian negara dirasai serta dikecapi secara adil dan menyeluruh oleh setiap lapisan masyarakat tanpa terkecuali.

Untuk menggapai matlamat tema hari kemerdekaan itu, ia bukan usaha seorang atau dua orang, sebaliknya ia adalah komitmen semua masyarakat dalam kebersamaan menerajui ekonomi tanpa ada rasa iri dan dengki. 

Kerana, ia adalah sebuah proses.. maka kemenjadiannya bukan boleh dituai dalam masa singkat. Diharap ada usaha berterusan untuk mewujudkan matlamat itu sebuah kejayaan.

MERDEKA!!
MERDEKA!!
MERDEKA!!

Saya sambut awal - sebab semangat perjuangan dalam diri tak pernah berhenti!!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

1 comment :

  1. Zaman PMX ni asyik temanya Malaysia Madani aje. Seharusnya mencuba kelainan agar lebih menarik temanya.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.