Sistem Baru Tabung Haji - Satu Akaun, Dua Tabung Mulai 2026. Akaun Tabung Haji - Tabung Am Dan Tabung Istito'ah. Apakah fungsinya? Adakah anda perasan bahawa tabung haji telah dipecahkan kepada dua akaun iaitu:
🟢 TABUNG AM
🟡 TABUNG ISTITO’AH
✔️ Apakah yang dimaksudkan Tabung Am?
Ini macam dompet harian.
- Semua duit baru masuk sini dulu — gaji, bank-in, potongan.
- Kalau nak pakai duit, keluarkan dari sini, boleh terus dapat cash.
✔️ Apakah yang dimaksudkan Tabung Istito'ah?
Ini tabung khas untuk buktikan kita MAMPU nak pergi haji — dari segi kewangan.
- Nama dia pun dari ayat Quran tadi tu — man istato'a ilaihi sabila.
- Duit dalam tabung ni TIDAK BOLEH keluarkan terus. Kena pindah ke Tabung Am dulu, dan kena tunggu 10 hari (T+10).
Duit banyak dalam Tabung Am saja TIDAK DIKIRA untuk giliran haji. Kena pindah ke Tabung Istito'ah.
📌 Apa yang perlu kita tahu?
Baki RM1,300 dalam Tabung Istito’ah adalah berdasarkan syarat pendaftaran Haji sebelum ini.
Info menarik Juga >>>

Apakah Fungsi Tabung Am Dan Tabung Istito'ah Dalam Tabung Haji
Kalau nak cukupkan simpanan RM15,000, kita perlu buat pindahan secara manual dari Tabung Am → Tabung Istito’ah melalui bahagian Pindahan.
💰 Tabung Istito’ah perlu mempunyai baki minimum RM15,000 bagi mengekalkan giliran Haji sehingga 31 Disember 2028, tertakluk kepada ketetapan Tabung Haji.
🏦 Tabung Am pula masih boleh dikeluarkan seperti biasa, dengan baki minimum RM5.
💡 Tabung Istito’ah juga boleh dikeluarkan, tetapi proses pengeluaran mengambil masa sehingga 10 hari bekerja. Bermula 1 Januari 2029, pengeluaran yang menyebabkan baki turun di bawah RM15,000 boleh memberi kesan kepada giliran Haji.
📌 UPDATE untuk yang SUDAH DAFTAR HAJI:
Tak perlu risau kalau belum pindahkan duit ke Tabung Istito’ah. Jika jumlah simpanan mencapai RM15,000, ia akan dipindahkan secara automatik ke Tabung Istito’ah pada 1 Januari 2029, mengikut ketetapan yang dinyatakan.
✅ Jadi, jangan sekadar simpan… semak juga duit kita berada di akaun yang betul!
Share dengan keluarga & kawan-kawan yang dah daftar Haji. ❤️
Sistem Baru Tabung Haji: SATU AKAUN, DUA TABUNG Mulai 2026
1. APA ITU DUA TABUNG?
Dulu akaun Tabung Haji kita satu tabung je. Semua duit masuk situ, terus boleh daftar haji. Sekarang bermula 2026, TH pecah jadi dua iaitu TABUNG Am dan TABUNG Istito'ah.
2. KENAPA MESTI RM15,000?
TH tetapkan RM15,000 adalah minimum untuk layak dapat giliran haji automatik.
Kenapa 15,000?
Sebab tu adalah bayaran minimum haji untuk golongan B40 tahun 2025/2026. Kos sebenar haji RM33,300 — TH tanggung subsidi RM18,300. Jadi kalau anda tak ada 15k dalam akaun, pada mata TH, you belum istito'ah / belum mampu.
3. MACAM MANA SISTEM BARU BERFUNGSI?
Dulu: Simpan RM1,300 > Pergi kaunter > Daftar > Dapat tahun giliran (contoh 2080).
Sekarang: Tak ada daftar manual lagi. Sistem auto.
- Bila simpanan keseluruhan anda cecah RM15,000 — TH akan auto tolak RM14,995 dari Tabung Am dan masukkan ke Tabung Istito'ah.
- Bila dah masuk Tabung Istito'ah, barulah sistem bagi anda Giliran Haji Automatik. Boleh tengok dalam THiJari > Status Haji.
- Selepas tu, anda kena kekalkan baki sekurang-kurangnya RM15,000. Kalau anda keluarkan sampai tinggal RM5,000, giliran anda boleh hilang.
4. SIAPA TERKESAN?
SEMUA orang — akaun dewasa dan akaun anak-anak. Terutama yang sudah daftar lama:
TH bagi tempoh bertenang sampai 31 Disember 2028.
1- Kalau sebelum 31.12.2028 anda cukupkan RM15,000 — giliran lama anda kekal.
2- Kalau selepas 1 Januari 2029 masih bawah RM15,000 — giliran anda akan dibatalkan dan susun semula ikut siapa yang ada RM15,000 dulu. Maknanya orang yang baru simpan 15k hari ni boleh potong anda yang daftar tahun 2010 tapi duit tinggal RM1,500.
Data TH sendiri — 4.1 juta pendeposit dah daftar, tapi 3.3 juta baki masih bawah RM15k. Tu yang TH suruh viralkan info ni.
5. CARA BUAT PINDAHAN
1. Buka App THiJari
2. Login > Laman Utama
3. Klik Pindahan
4. Pilih Pindahan - TABUNG AM ke TABUNG ISTITOAH
5. Taip jumlah — contoh RM15,000
6. Klik Berikutnya > Sahkan > Hantar
7. Siap. Dalam Status Haji akan keluar giliran.
Tip: Jangan transfer semua, tinggalkan RM5 - RM10 dalam Tabung Am untuk akaun kekal aktif.
Siapa yg dah ada akaun TH tapi belum tahu status giliran haji sekarang boleh semak dalam app THiJari atau pergi ke pejabat kaunter pejabat TH yg berdekatan.
Semoga maklumat di atas sampai kepada semua di luar sana Dan anda lakukan apa yang perlu untuk mendapatkan giliran haji yang terkini.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.