Dinner Ikan Bakar Siakap Dengan Kailan Goreng

Aynora
2
Dinner Ikan Bakar Siakap Dengan Kailan Goreng. Jarang-jarang kami makan ikan bakar waktu dinner tetapi sejak si bongsu dah jauh di perantauan, kami pun ada chance order ikan bakar. Sebab sebelum ni kami layan je kehendak dia yang biasanya mendominasi jenis menu yang nak di order.. nasib la ibu ayah dan si abang selalu mengalah. Kini, bila nak order makanan, kami akan order menu yang sebelum ni tak berkesempatan nak order 😅😅😂

Dinner Ikan Bakar Siakap Dengan Kalian Goreng

Dinner Ikan Bakar Siakap Dengan Kalian Goreng
Info menarik Juga >>>

Dinner Ikan Bakar Siakap Dengan Kalian Goreng


Ikan Bakar siakap ni sedap juga bila di bakar. Isinya yang lembut mudah nak makan, kurang duri dan saiz agak besar, so boleh berkongsi dengan lebih ramai orang. Tapi kena berhati-hati sewaktu membakar ikan, kerana kalau silap bakar, ikan boleh jadi pahit.

Dinner Ikan Bakar Siakap Dengan Kalian Goreng

Dinner Ikan Bakar Siakap Dengan Kalian Goreng

Ikan bakar Siakap ni kami padankan dengan baby kailan goreng biasa, telur bungkus dan sotong goreng tepung. Memang sedap semua masakan yang kami order. Rasa pedas sambal ikan bakar selepas diperahkan dengan limau kssturi amatlah sedap dan harum. Timbul rasa masam manis sikit pada ikan bakar tu. Memang tak bosanlah nak habiskan dia.. 

Dinner Ikan Bakar Siakap Dengan Kalian Goreng

Dinner Ikan Bakar Siakap Dengan Kalian Goreng

Di atas ikan siakap bakar, dia orang letak sayur bendi bersama daun bawang untuk menaikkan rasa ikan bakar tersebut. Habis sayur bendi tu saya habiskan sebagai ulam.

Overall, siakap bakar bersama kailan goreng adalah padanan lauk dan sayur yang membuka selera, makan habis satu pinggan dan licin semua lauk.

Dahlah sebelum tu anak bujang kami order sate campur 30 cucuk. Kena habiskan sate tu jugak perlahan-lahan supaya tak membazir. 
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
To Top