Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Mencegah Penipuan Bank Dan Maklumat Peribadi

Awas! Penipuan Bank Berleluasa - Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai dengan percubaan phishing oleh penipu yang menggunakan nama Bank Negara Malaysia untuk menipu orang ramai dalam mendedahkan butiran perbankan peribadi mereka.

Kisah ini pun berlaku kepada rakan sekerja saya dan namanya digunakan pihak tertentu untuk membuat pinjaman. Terkejut juga my friend bila dapat call dari bank berkaitan perkara tersebut. Leceh juga bila hal ini menimpa kita, laporan polis kena buat, kad kena tukar dan buang masa kita keluar masuk bank.

Jadi, berwaspadalah terhadap penipu siber ni, nak untung cepat tetapi menganiaya orang lain. Memang tak boleh tahan bila saya fikirkan...haish!!!


Brocure dari Bank Negara Malaysia


Modus operandi penipu untuk menipu mangsa adalah seperti berikut:

  1. Bakal mangsa menerima e-mel kononnya daripada Bank Negara Malaysia memberitahu mereka bahawa Bank Negara Malaysia kini mengumpul maklumat perbankan peribadi untuk mengemaskini pangkalan data. Mereka akan diminta untuk sama ada klik pada pautan atau membalas e-mel terus secara langsung.
  2. Apabila seseorang klik pada pautan yang disediakan dalam e-mel, mereka kemudian akan diarahkan ke laman web palsu yang meminta pendedahan butiran kewangan peribadi seperti kad kredit atau debit butiran termasuk kod pengesahan kad (CCV) atau nombor pengenalan peribadi yang lain (PIN).
  3. Orang ramai adalah diingatkan untuk mengabaikan e-mel sebegitu dan mengelak dari memberikan maklumat perbankan peribadi kepada sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan. Institusi kewangan, termasuk pengeluar kad kredit dan Bank Negara Malaysia dan semua institusi perbankan tidak akan meminta maklumat perbankan peribadi apabila menghubungi pelanggan, sama ada melalui panggilan telefon, SMS atau e-mel.

Cara Mencegah Penipuan Bank Dan Maklumat Peribadi 

Bank Negara Malaysia ingin menasihati orang ramai untuk mengambil langkah-langkah pencegahan berikut:

1. Gunakan pelayar web yang up-to-date dengan terbina/terpasang dengan penapis 'phishing'.

2. JANGAN percaya e-mel, panggilan atau SMS yang mendakwa anda memenangi wang tunai atau bayaran balik dan meminta maklumat perbankan peribadi.

3. Menghubungi bank masing-masing atau hubungi Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) dengan perkhidmatan bebas tol di ABMConnect di 1-300-88-9980 apabila curiga dengan e-mel, SMS atau panggilan yang diterima.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti penipuan kewangan, sila layari laman web amaran penipuan kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my.


Untuk keterangan lanjut boleh hubungi alamat di bawah:

BNMTELELINK (Customer Contact Centre)
Tel. no.: 1-300-88-5465
Fax no.: (03)2174 1515
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

Untuk Brochure, klik sini

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian ini. penjenayah cyber memang bijak mengatur strategi penipuan mereka. hati2 semua..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close