Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Merawat Tapak Kaki Merekah

Petua Merawat Tapak Kaki Merekah - Saya kerap mengalami tapak kaki yang merekah terutamanya selepas banyak berjalan seharian. Bermacam cara saya gunakan termasuklah menyapu dengan krim yang dibeli di farmasi tetapi kesannya amatlah lambat. Jadi, saya mencuba merendam kaki dengan air limau suam dan alhamdulillah, kesannya memberangsangkan.

Nak mencuba? Cuba baca dan ikuti petua di bawah...

Petua Merawat Tapak Kaki Merekah




1. Ini adalah tips yang mudah dan murah. Rendam kaki selama 15 minit dalam air limau yang suam. Lakukan seminggu sekali saja. Jangan terlalu kerap. Boleh lakukan sebagai rawatan mingguan jika tumit pecah tiada lagi nanti.

2. Sapukan minyak sayuran atau mentega ke tapak kaki selepas membasuhnya dengan air suam (jangan panas kerana air panas juga mengeringkan kulit). Lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Pakai stokin yang selesa dan biarkan semalaman. Lakukan beberapa malam untuk mendapatkan hasil.

3. Lepas makan pisang, jangan buang kulitnya. Lulurkan pada tapak atau tumit yang kering dan biarkan selama sepuluh minit sebelum dibersihkan dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin.

Oh ya...sebelum itu untuk info sikit, kita kena tahu apakah faktor-faktor penyebab tumit retak. Tumit retak atau pecah-pecah boleh disebabkan oleh kerap berdiri dalam masa yang lama, kerana masalah berat badan, memakai kasut yang tidak bertutup di tumit seperti sandal, flipflop dan sebagainya. Namun begitu, beberapa keadaan perubatan cenderung kepada untuk kulit yang kering (contohnya kencing manis) dan keadaan kulit (contohnya psoriasis).

Saya berharap petua merawat tapak kaki merekah di atas tadi dapat memberikan idea kepada anda semua untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jika tidak dirawat, ditakuti ia boleh memudaratkan dan menyukarkan kita bergerak kemana-mana.

Selamat merawat kaki anda!
Sebarkan Bahagia:

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close