Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Masalah Kecemasan

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah. Ramai ibu bapa pening kepala bila tiba bab anak terpaksa 'ponteng sekolah' kerana masalah kecemasan seperti kematian, ada kenduri perkahwinan yang jauh atau di luar kawasan, dan lain-lain alasan yang difikirkan munasabah. Namun jangan pula ada yang sengaja tulis surat tidak hadir ke sekolah disebabkan rasa malas nak ke sekolah. Itu salah ya adik-adik...

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Masalah Kecemasan

Ada sesetengah guru tidak kisah jika anak-anak murid terpaksa ponteng sehari, namun bila lebih dari 2 hari, Cikgu kelas akan meminta surat ketidakhadiran ke sekolah. Ini dikecualikan bagi yang memiliki sijil cuti sakit dari pihak hospital atau pun klinik yang diiktiraf.

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Masalah Kecemasan


Mohamad Hadi Bin Husin
123, Jalan Bukit Baru
Taman Indah
80350 Johor Bahru, Johor

Tarikh: 17 November 2016

Guru Kelas Darjah 5 Ceria
Sekolah Keb. Tun Hussien
Jalan Ilmu,
80350 Johor Bahru, Johor

Cikgu,


PER: NOTIS TIDAK HADIR KE SEKOLAH KERANA PULANG KE KAMPUNG DI SELANGOR

Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah saya ibu/ bapa penjaga kepada (#nama anak) (#No K/P) ingin memaklumkan kepada Cikgu bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada (#tarikh) kerana mengikut kami pulang ke kampung disebabkan masalah keluarga.

Murid yang berkenaan akan kembali semula ke sekolah pada (#tarikh naik sekolah semula).

Kami/ Saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.

Semoga di dalam perhatian pihak Cikgu.

Harap maklum.

Yang benar,


.......................................................
(MOHAMAD HADI BIN HUSIN - Nama ibu/ bapa/ penjaga)
No Telefon:


Surat di atas adalah contoh untuk ibu bapa murid yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana masalah kecemasan. Anda boleh salin dan tukar maklumat yang berkenaan untuk di sesuaikan dengan masalah yang berkaitan.

Saya berharap contoh surat yang diberikan dapat memberikan manfaat kepada ibu bapa yang buntu untuk menyediakan surat tidak hadir ke sekolah tersebut.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments