Header Ads

Nak Tahu Rahsia Pelajar Cemerlang Dengan Membaca Al Quran?


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Nak Tahu Rahsia Pelajar Cemerlang Dengan Membaca Al Quran?
Rahsia pelajar cemerlang. Inilah rahsia pelajar cemerlang yang biasa diamalkan oleh pelajar muslim kita terutamanya yang belajar di asrama. Ini semua bukanlah kerja berseorangan sebaliknya ia adalah kerja berpasukan yang melibatkan pelbagai pihak terutamanya pelajar, guru dan ibubapa.

Dah lama dah saya tahu, kalau kita kerap mengaji atau membaca al Quran hati jadi tenang dan otak lebih bijak dari biasa. Maksudnya, mereka yang rajin membaca al Quran.. otaknya 80% lebih bernas dan bijak dari biasa. Hah.. kalau gitu, kita dah boleh mula test kat anak-anak kita. Bukan saja pandai dan bijak pun dapat tetapi pahala baca Quran pun dapat. Subhanallah..

Nak Tahu Rahsia Pelajar Cemerlang?


Rahsia Pelajar Cemerlang, antaranya adalah dengan selalu mengamalkan membaca surar-surah tertentu dari al Quran. Insyaa Allah.. Allah permudahkan urusan kita menuntut ilmu samada dunia atau ilmu akhirat.

Nak Tahu Rahsia Pelajar Cemerlang Dengan Membaca Al Quran?

Jom amalkan..

✔Ar-Rahman – sebelum masuk ke dewan peperiksaan setiap hari
✔Al-Insyirah – sebelum masuk ke dewan peperiksaan setiap hari
✔Al-Mulk – setiap malam
✔Al-Waqiah – setiap malam
✔Ad-Duha – setiap malam
✔Solat hajat – setiap malam

Amalan surah dalam al Quran yang boleh diamalkan atau dibaca berdasarkan hari tertentu...

Ahad - Al-Mulk
Isnin - Ad-Dukhan
Selasa - Al-Hasyr
Rabu - Al-Waqiah
Khamis - Yasin
Jumaat - Al-Kahfi
Sabtu - As-Sajdah

Juga, setiap hari selepas subuh, amalkan membaca surah  As-Sajdah, InsyaAllah.. berjaya menjadi pelajar cemerlang dunia akhirat.

Sepanjang masa setiap minggu dan sepanjang tahun.. baca ikut hari yang ditentukan. Insyaa Allah, jika anda seorang pelajar anda bakal menjadi pelajar cemerlang samada di dunia hingga akhirat. Namun begitu, bacalah dan fahami isi al Quran dengan niat yang ikhlas dan beriman dengan al Quran.

Semoga bermanfaat.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.