Header Ads

Doa Keampunan Untuk Diri Sendiri Dan Ahli Keluarga


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Doa Keampunan Untuk Diri Sendiri Dan Ahli Keluarga
Doa Keampunan Untuk Diri Sendiri Dan Ahli Keluarga. Salam jumaat guys kesayangan. Cepat je masa berlalu, dah masuk pertengahan Julai kann.. walau masa begitu pantas meninggalkan kita, jangan biarkan ia berlalu dengan sia-sia. Penuhi waktu terluang dengan menambah baik mana yang kurang pada diri sendiri atau pencapaian kita di pandangan Allah. Kerana apa, yang menilai kita adalah Allah, bukannya manusia. Berharap kepada manusia akan disakiti, berharap kepada Allah ada bahagia ketenangan menanti. Buat azam setiap hari untuk jadi baik dan lebih baik dari semalam. Ada banyak cara nak mendorong diri jadi lebih baik, antaranya dengan menambah ilmu di dada. Ada juga yang membuat senarai azam baru khas untuk melonjakkan motivasi diri ke tahap yang kita harapkan.

Selain itu, dengan berdoa juga boleh menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Kita memohon kepada Allah, apa kita nak dalam hidup ini. Doakan sesuatu yang baik-baik dan positif, insya Allah, hasilnya juga yang baik-baik. Usah hiraukan negatif vibes yang cuba menggagalkan harapan dalam doa-doa kita. Okay ✌✌✌


Doa Untuk Diri Sendiri Dan Ahli Keluarga


Sama-sama kita baca dan amalkan doa ini, doa untuk diri sendiri dan keluarga semoga dilindungi dari segala anasir jahat dan dipermudahkan segala urusan.

Gambar doa keampunan untuk diri sendiri dan keluarga

Doa mohon ampunan dalam bahasa:


Qaalarabbighfirli
Wali'akhii wa'adkhilna fii rahmatika
Wa anta arhamarraahimiin

Maksudnya:

"Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengsihani." - {al-A'Raf 7:151}

Doa dalam diam-diam kepada adik beradik dan saudara mara tersayang, amat disukai Allah. Kerana doa dalam diam mudah dimakbulkan kerana kita berdoa dengan ikhlas, tak disuruh atau dipaksa. Maka, Malaikat akan ikut mengaminkan doa tersebut dan berbalik semula kepada orang yang mendoakan itu.

Wallahu'lam.

1 comment:

  1. Semoga terpelihara kita dan seluruh keluarga kita. Semoga diberi keampunan untuk semua dosa dosa lama

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.