Menu Wajib Di Aidilfitri 2021

Advertisement

Menu Wajib Di Aidilfitri. Apa menu wajib anda di aidilfitri? Kalau tak ada menu tersebut, rasa macam tak raya. Hehe.. setiap orang ada menu wajib @ menu legend masing-masing, kemudian lain negeri lain lah pula menu wajibnya. Betul tak?

Walau tahun 2021 kita masih lagi beraya versi PKP 3.0, kemeriahan raya tu janganlah berkurangan hendaknya. Sentiasa semai semangat kesyukuran kerana syawal adalah kemenangan kita! Menang melawan nafsu, menang menahan lapar dan dahaga selain kemenangan terbesar tentulah menang dalam menggandakan amal ibadah kita kepada Allah SWT. Insya Allah.


Menu Wajib Di Aidilfitri


Menu Wajib Di Aidilfitri 2021

Permintaan En suami cuma nak lodeh dengan ayam masak kicap @ masak merah. Sebab tahun lepas dah buat masak merah, tahun 2021 ni kita masak kicap la ayam tu..

Si bongsu pulak mintak lodeh je, sebab itulah sayur kegemaran dia sepanjang masa. Kalau musim raya, dia tak makan nasi impit atau ketupat, dah satu kerja saya kena masakkan nasi untuk dia pulak. Haish.. dah gaya itu makan dia, kita layankan je..

Kemudian, kami tambah dengan kuah kacang, sambal goreng pengantin dan rendang tok.

Ayam masak kicap saya yang kilat dan likat, masak 1 1/2 ekor ayam.. sambil nak hantar kat jiran-jiran terdekat.

Menu wajib raya kami, raya dalam PKP 3.0 ini adalah nasi impit, kuah lodeh, ayam masak kicap, rendang tok, kuah kacang dan sambal goreng pengantin. 

Walau apa pun yang anda masak, cukuplah sekadarnya. Masak juadah raya ikut kemampuan. Ada lebih kita buat sedap-sedap, kalau rezeki kurang sikit.. kurangkan mana yang tidak perlu.

Semoga kita semua menyambut kemenangan ini dalam kesyukuran. 

Salam aidilfitri 2021!!

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.