Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis Drama Korea Penthouse Season 3 War In Life

Sinopsis Drama Korea Penthouse Season 3 War In Life. Drama korea amat mendebarkan dan menaikkan darah kita semua dah start bermula 4 Jun 2021 di Korea. Untuk penonton di ONE HD mungkin dapat tonton mulai 5 Jun 2021. Sabar ya..

Secara ringkasnya Penthouse - War in Life berkisahkan kehidupan orang kaya raya dari mak bapak sampai lah ke anak-anak mereka. Semua menonjolkan cerita kekayaan mereka. Namun di sebaliknya, terdapat banyak penipuan, pengkhianatan, dendam, penyesalan dan macam-macam rasa lagi lah. Kalau nak baca kisah Penthouse Season 1 dan Season 2, anda boleh klik pada pautannya.


Ringkasan Info Penthouse Season 3:

Drama: Penthouse 3
Revised romanization: Penthouse 3
Writer: Kim Sun-Ok
Network: SBS
Episodes:
Release Date: June 4, 2021 --
Runtime: Friday 22:00-23:10
Language: Korean
Country: South Korea

Para pelakon : Lee Ji Ah, Uhm Ki Joon, Kim So Yeon, Yoon Jong Hoon, Eugene dan Park Eun-Seok dan ramai lagi.


Sinopsis Drama Korea Penthouse Season 3 War In Life


Mengisahkan 3 watak utamanya dari Season 1 & Season 2 dahulu. 

Sinopsis Drama Korea Penthouse Season 3 War In Life

Lee Ji-Ah (The Legend, Thrice Married Women) sebagai Shim Su-Ryeon. Su-ryeon adalah wanita yang anggun, bergaya dan glamour yang tidak pernah menyaksikan kemiskinan dalam hidupnya. Dia juga permaisuri Penthouse. 

Kim So-Yeon (All About Eve, Iris) sebagai Cheon Seo-jin. Dia adalah wanita kaya dan sombong yang mempunyai cita-cita tinggi melangit. 

Manakala, Eugene (All About My Mom, Creating Destiny), yang melakonkan watak Oh Yoon Hee. Yoon-Hee tidak pernah mengalami kekuatan dan kekayaan. Dia juga telah melakukan beberapa pekerjaan untuk masuk ke masyarakat yang lebih tinggi, sehingga anaknya dapat memperoleh kejayaan yang lebih baik.

Dalam Penthouse Season 3 kali ini, ketiga-tiga watak kali ini cuba membalas dendam dengan cara mereka tersendiri, walau saling memusuhi antara satu sama lain tetapi mereka mempunyai motif yang sama iaitu menghapuskan penyangak terhebat dalam Penthouse iaitu Joo Dan Tae.

Mampukah Su Ryeon, Oh Yoon Hee dan Cheon Seo Jin menyelamatkan anak masing-masing dan dalam masa sama membalas dendam terhadap musuh sebenar mereka?

Sama-sama kita saksikan The Penthouse Season 3 - War in Life dan mencari jawapan kepada persoalan kita!

Selamat menonton.

Sinopsis Episod 1 Penthouse 3:


Joo Dan Tae telah dapat mengebom Logan Lee sewaktu dia melarikan diri 1 jam dari hospital. Su Ryeon amat marah dan mahu membalas dendam kepada Joo Dan Tae.

Segala pertuduhan terhadap Joo Dan Tae digugurkan setelah dia merasuah Ketua Hakim.

Cheon Seo Jin pun telah bebas tetapi ditangkap oleh Oh Yoon Hee dan Su Ryeon, dan telah dihumban ke laut. 

Trailer drama Penthouse Season 3;




Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close