Lifestyle Resepi Info Terbaik

Berdoa Dengan Asmaul Husna al Rashid

Berdoa Dengan Asmaul Husna al Rashid. Al Rashid ertinya Yang Maha Bijaksana. Yang Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin / Yang Memberi Petunjuk / Pembimbing Kepada Kebaikan / Pemimpin Ke Arah Kebenaran – Dialah yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.

Maka berdoalah dengan asmaul husna al Rashid ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah. Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Berdoa Dengan Asmaul Husna al Rashid
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik). – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Al Rashid


1. Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:


Berdoa Dengan Asmaul Husna al Rashid


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:



Ya Rashid = 1,000 kali


Ertinya : 


Yang Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin / Yang Memberi Petunjuk / Pembimbing Kepada Kebaikan / Pemimpin Ke Arah Kebenaran – Dialah yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.

Fadhilat asmaul husna al Rashid


a) Bagi menambah kecerdasan berfikir, asma ‘Ya Rasyhid’ dibaca setiap pagi dan petang.

b) Walaupun kita tergolong di dalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah berzikir dengan ‘Ya Rasyhid’ ini sebanyak mungkin, InsyaAllah otak kita akan menjadi bertambah cerdas dan pantas berkerja.

c) Segala rancangan atau perjalanan tugas akan menjadi terang nyata samada dalam mimpi atau ilham jika dizikirkan ‘Ya Rasyhid’ 1,000 kali setiap hari

d) Sesiapa menyebut ‘Ya Rasyhid’ 1,000 kali di antara Maghrib dan Isyak, InsyaAllah segala kebuntuan dan kesusahannya akan hilang.

e) Sesiapa menzikirkan ‘Ya Rasyhid’ setiap hari, InsyaAllah akan berjaya dalam urusan kewangan dan selamat daripada sebarang kemalangan.

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:


Berdoa Dengan Asmaul Husna al Rashid


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

3. Blog Ibnu Hasan Site

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

Random Posts

close