Lifestyle Resepi Info Terbaik

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Secukup Rasa

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api. Kalau korang nak masak lemak cili api ketam, boleh lah cuba resepinya di bawah. Nak pedas atau nak kurang pedas semua boleh di cuba. Tak susah pun nak menyediakannya. Dalam peti sejuk pun ada ketam 3 ketul, meh lah kita masak ketam cili api. Mahal tau sekarang ni harga ketam, 3 ketul saiz besar jugak, harga dia cecah RM42. So nanti kita makan dengan kulit dia sekali ye.. 😅😅 jangan membazir..

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Secukup Rasa

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Secukup Rasa

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Secukup Rasa

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahan:

3 ekor ketam segar
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor

Bahan untuk kisar halus:

5 biji cili api
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih


Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Secukup Rasa

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Secukup Rasa

Cara-cara penyediaan ketam masak lemak cili api;


1. Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.

2. Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.

3. Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit, kalau ada.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

Tips:

1. Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Secukup Rasa

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Secukup Rasa

Dah siap ketam masak lemak cili api kita, boleh lah hidangkan dengan nasi panas dan sayur yang korang suka. Gorengkan telur dadar pun okay sangat.  Selamat mencuba.

Post You May Like ....


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Sedapnya ketam masak lemak.Tiba-tiba teringin masak ketam pulak nih.

    BalasPadam

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close