Namun, saya akan memilih durian dalam box yang sudah siap dikopek. Beli dan terus makan. Bila beli dalam box, dah tentu kita dapat durian yang elok. Tak de sangsi lagi.. hehe

Durian Musang King Tetap Dihati
Musang King tetap nombor satu bagi saya la, walau ada banyak jenis dan baka durian baru yang muncul, saya tetap rasakan Musang King adalah durian terbaik dan paling sedap.

Gambar atas ni adalah durian Kulit Hijau yang baru pertama kali saya dengar dan makan. Rasa dia agak creamy, manis dan sedikit pahit. Ada jugak rasa macam durian kampung..


Setiap satu jenis durian, saya beli dalam 1kg dan cukup untuk family kecil kami. Bukannya makan nak sekali hadap kan? Tak habis kita simpan dalam peti ais. Bila nak makan baru keluarkan.. uhh, rasa dia macam makan aiskrim durian. Hehe..

Harga satu box durian:
- Musang King 1 kg = RM160 - RM180 (ikut musim)
- Kulit Hijau 1 kg = RM120
Tetapi yang bestnya beli durian dalam box adalah jaminan yang semua isi buah elok-elok belaka. Tak perlu risau jika dapat durian yang rosak dan sebagainya.
Semoga bermanfaat.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.