Hari ni kita masak asam pedas siakap. Empat ketul ikan je, sebab yang makan pun berdua je..


Simple je asam pedas siakap kami, ada daun kesum, tomato.. dah pun sedap. Biar simple tapi habis dimakan. Hehe..


Ada tempe goreng dengan tepung bestari, sedap dan rangup di luar dan lembut di dalam. Kalau korang lapar, boleh juga jadikan tempe sebagai makanan ringan.
Sayur pula, saya tumis terung ungu.. tumis kering. Sebelum tu saya goreng dahulu terung tu sampai naik bau.

Jadi, jika korang stress nak masak apa untuk lunch.. boleh je masak simple-simple dan sedap. Okay ✌

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.